Hubungan antara penghargaan guru dengan kebahagiaan dalam kalangan kanak-kanak di sekolah rendah
List of Authors
Izyan Hanis Kamaludin , Saemah Rahman
Keyword
kebahagiaan, penghargaan guru, sekolah rendah
Abstract
Penghargaan guru di dalam kelas memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan emosi dan kebahagiaan kanak-kanak di sekolah. Fasa kanak-kanak adalah tempoh penting bagi mereka untuk membina keyakinan diri dan akhirnya menjadi individu yang bahagia. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kebahagiaan kanak-kanak dan persepsi kanak-kanak terhadap penghargaan guru. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara penghargaan guru dan kebahagiaan kanak-kanak di sekolah rendah. Pengumpulan data dijalankan menggunakan borang soal selidik yang ditadbirkan kepada 150 pelajar sekolah rendah Tahun 5 dari 3 sekolah di Daerah Gombak yang dipilih dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Soal selidik dalam bentuk skala Likert digunakan untuk mengukur Kebahagiaan Kanak-kanak di Sekolah dan persepsi mereka terhadap penghargaan guru. Hasil kajian menunjukkan tahap kebahagiaan kanak-kanak adalah di tahap sederhana (M=3.09, SD=0.362). Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penghargaan guru dan kebahagiaan anak-anak di sekolah rendah (r=0.47, p <0.05). Oleh itu, peranan guru adalah penting dalam menyediakan persekitaran yang baik bagi kanak-kanak. Adalah dicadangkan guru memberikan penghargaan dan perhatian kepada kanak-kanak untuk meningkatkan tahap kebahagiaan mereka di sekolah.
Reference
1. Amy L. G., Cara A. P., Brett Q. F., Karena M. M., & Iris B. M.. (2019). Valuing happiness in youth: Associations with depressive symptoms and well-being. Journal of Applied Developmental Psychology 62, 220–230.
2. Ankie T. C., William H. C. L, Laurie L. K. H., Ka Y. H., Katherine K. W. L., & Oi K. C. (2019). Effectiveness of musical training programme in promoting happiness and quality of life of underprivileged preschool children. Wiley Journal of Clinical Nursing. DOI: 10.1111/jocn.15023
3. Chua Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
4. Chua Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 2: Asas Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
5. Chua Y. P. (2013). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 3: Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Likert. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
6. Hermina M. & Nathalia R. (2019). Perjumpaan yang Mengubahkan dari Teori Behavioristik. OSF Preprints. December 14. doi:10.31219/osf.io/ekpv4.
7. Ilona B., Evgeny N. O., & Charles M. (2015). Teaching happiness at school: Non-randomised controlled mixed-methods feasibility study on the effectiveness of Personal Well-Being Lessons. The Journal of Positive Psychology, http://dx.doi.org/10.1080/17439760.2015.1025422
8. Mark D. H. & Ben C. (2009). The Contribution of Social Relationships to Children’s Happiness. J Happiness Stud (2009) 10:329–349
9. Martin V. C. (1999). Caring About Learning: The Nature and Nurturing ofSubject-Matter Appreciation. Educational Psychologist, 34(2), 127-136
10. Mohamad K. B., Rohaida M. S., Zulkifli M. Y., Noor N. A. R., & Durriyyah S. H. A. (2012). Konsep Ganjaran Dalam Aktiviti Pembelajaran: Pengamalannya di Sebuah Sekolah Menengah Agama di Terengganu. Centre of Quranic Research. Proceedings: The Annual International Qur’anic Conference 2012.
11. Mohd F. J. & Sharizan H. (2016). Kajian penghargaan Kendiri dan kepuasan hidup pelajar. Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2) (2016): 22-31 ISSN-2289-8174
12. Munevver Mertoğlu. 2020. Factors Affecting Happiness of School Children. Journal of Education and Training Studies Vol. 8, No. 3; ISSN 2324-805X E-ISSN 2324-8068
13. Rita E. I. (2018). Happiness in early childhood. Psychological Research and Intervention ISSN 2614-7041 (online) | ISSN 2614-0403 (printed)
14. Rohani A., Hazri J., & Nordin A. R. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 61-69
15. Saidatul N. H. M., Getrude C. & Chua B. S. (2018). Apakah yang Kita Faham Mengenai Kesejahteraan Kanak-Kanak? Kajian Kes Di Pulau Gaya, Sabah. Sains Humanika 11: 1 (2019) 63–71
16. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Jangkitan Covid-19. 27 Mac.
17. Süleyman G. (2017). Situations that Make Students Happy and Unhappy in Schools. Universal Journal of Educational Research 5(12A): 77-83. DOI: 10.13189/ujer.2017.051312
18. UNICEF. (2016). Early Childhood Development: The Key To A Full And Productive Life: UNICEF.
19. Yonghee H., Haejon K., & Wooyong J. (2016). A Study on What Makes Young Children Happy. Asia-Pasific Journal of Research in Early Childhood Education. Vol.10, No.2, May 2016, pp.47-70. ISSN 1976-1961 http://dx.doi.org/10.17206/apjrece.2016.10.2.47
20. Zaharah O. (2016). Perkembangan Emosi Kanak-kanak Menggunakan Lagu Didi and Friends. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5. 49-60.