Perajaan dan Pengislaman Kedah: Kupasan Bukti Teks Hikayat Merong Mahawangsa, Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Abbasiyah (630 - 1136 Masihi)
List of Authors
  • Zaimilah Yusoff

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pengkisahan kehebatan perajaan dan pengislaman negeri Kedah sememangnya penuh dengan keajaiban yang masih banyak belum terungkai. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua peristiwa tersebut masih dianggap sebagai sebuah lagenda dan mitos yang diselubungi misteri. Kertas kerja ini akan mengkaji dua naskah utama iaitu Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dan Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) dari sudut sejarah perajaan serta pengislamannya. Kedua-dua naskah ini mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak boleh dinafikan apa yang telah dicatatkan walaupun terdapat beberapa unsur yang dianggap mitos, dongeng, penglipurlara dan tidak masuk akal namun secara kiasan cuba menggambarkan sesuatu keadaan dengan cara tersirat. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian dokumentasi dengan mengambil kerangka waktu utama dari tahun 630 hingga 1136 masihi bagi mengupas secara ringkas dua aspek penting dalam kedua-dua karya tersebut. Ini termasuk bukti-bukti dari catatan Abbasiyah yang antaranya memberi kesan terhadap perkembangan awal ilmu tasawuf serta kesenian kaligrafi Turki Seljuk ke wilayah nusantara, terutamanya di Kedah.


Reference
  • No Data Recorded