Faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan pengajian Ilmu Qiraat: Satu kajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK
List of Authors
  • Ahmad Mujahideen Yusoff , Muhammad Amiri Ab Ghani

Keyword
  • Penguasaan, Qiraat, MTQ MAIK

Abstract
  • Ilmu Qiraat semakin berkembang dengan kemunculan institusi pengajian yang menawarkan program pengajian yang berkaitan dengannya. Namun begitu, peringkat kajian tentang penguasaan pengajiannya masih kurang meluas. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan pengajian Ilmu Qiraat di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat MAIK (MTQ MAIK). Kajian kuantitatif ini merupakan sebuah kajian rintis dan instrumennya adalah menggunakan set soal selidik bagi mendapatkan data dan menggunakan aplikasi SPSS 21.0 bagi menganalisa data. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK (MTQ MAIK) dari tahun 2018 hingga 2020 dijadikan sebagai sampel telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Sebanyak 15 item yang meliputi teori dan amali didatangkan dalam soal selidik ini. Kajian mendapati bahawa peringkat penguasaan pelajar-pelajar berkenaan pengajian ilmu Qiraat berada pada peringkat sederhana. Perkara ini dikuatkan dengan data yang didapati dari teori dan amali. Oleh itu, faktor peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran secara teori dan amali sepatutnya ditingkatkan dan ditambahbaik supaya tahap penguasaan pengajaran ilmu Qiraat dalam kalangan pelajar dapat dinaikkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Reference
  • 1. Ab Rahman, A., Shukeri, M. & Zulkifli, M. Y. (2012). Pengajian Tahfiz al-Quran dan Qiraat di Kelantan: Satu Tinjauan Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor bin Ibrahim. Centre of Quranic Research (p. 71). Proceeding: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, 13-27.

    2. Abdul Halim, W. I. (2014). Ilmu Qiraat Sepuluh dan Pengamalannya. Jurnal KIAS. 9 (1), 1-23

    3. Ali, S. & Abdullah, A. H. (2016). Penulisan Ilmiah Berkaitan Ilmu Qiraat di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal. e-Proceeding of The 3rd International Conference On Arabic Studies And Islamic Civilization. (p.217). Kuala Lumpur, 34-48.

    4. Al-Bukhari, M. I. (2016). Sahih al-Bukhari. Karachi: Maktabah al-Bushra.

    5. Al-Dawsari, I. S. (2008). Al-Mukhtasar al-‘Ibarat li Mu’jam Mustalahat al-Qiraat. Riyadh: Dar al-Hadharah.

    6. Al-Fayruz Abadi, M. Y. (2019). Al-Qamus al-Muhit. Kaherah: Al-Maktabah al-‘Asriyyah.

    7. Al-Qadhi, A. F. (2014). Al-Budur al-Zahirah fi al-Qiraat al-‘Asyr al-Mutawatirah. Mekah: Maktabah Anas bin Malik.

    8. Al-Sobuni, M. A. (2015). Al-Tibyan fi ‘Ulum al-Quran. Karachi: Maktabah al-Busyra.

    9. Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. New York: Mcgraw Hill.

    10. Cohen L. (2017). Research Methods in Education. London: Routledge Falmer.

    11. Daud, Z. Abdullah, M. & Mohd Saleh, N. (2015). Pembelajaran Kurikulum Qiraat: Satu Kajian Terhadap Persepsi Pelajar Syukbah Qiraat di DQ dan MTQN. The e-Journal of Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 16-28.

    12. Gay, L. R. (2010). Educational Research: Competencies for Analysis and Applications (10th ed.). Florida: USA.

    13. Ibn al-Jazari, M. (2014). Munjid al-Muqriin wa Mursyid al-Talibin. Riyadh : Dar al-Mayman.

    14. Ibn Mujahid, A. M. (2007). Al-Sab’ah fi al-Qiraat. Tanta: Dar al-Sahabah.

    15. Mohd Fadly Hisyam, M. J. (2021). Timbalan Pengetua I (Hal Ehwal Akademik) MTQ MAIK. Temubual pada 5 Februari 2021.

    16. Mohd Najmuddin, I. (2021). Timbalan Pengetua II (Hal Ehwal Pelajar) MTQ MAIK. Temubual pada 4 Februari 2021.

    17. Mohd Shahrir Muhaimi, I. (2021). Ketua Program Diploma Tahfiz al-Quran MTQ MAIK. Temubual pada 4 Februari 2021.

    18. Mohd Sukeri, M. N. (2021). Pengetua MTQ MAIK. Temubual pada 4 Februari 2021.

    19. Muhammad Hafiz, S., Abd Muhaimin, A. & Norazman, A. (2015). Keberkesanan Mempelajari Ilmu Qiraat: Antara Harapan, Cabaran Dan Penyelesaian Masalah. Jurnal USIM.

    20. Muhaysin, M. S. (1409H). Fi Rihab al-Quran. Beirut: Dar al-Jil.

    21. Sabir, M. D. (1999). Al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi. Tunisia: al-Munazzamah al-‘Arabiyyah li al-Tarbiyyah wa al-Thaqafah wa al-‘Ulum.

    22. Sya’ban, M. I. (2008). Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha. Kaherah: Dar al-Salam.

    23. Wan Asma, W. I. (2021). Ketua Unit Jaminan Kualiti MTQ MAIK. Temubual pada 5 Februari 2021.

    24. Wan Mohammad Abdullah, W. I. (2021). Tenaga Pengajar MTQ MAIK. Temubual pada 4 Februari 2021.