Krisis Makanan di Nigeria dan Kesan Terhadap Keselamatan Insan
List of Authors
  • Noraini Zulkifli, Rizqina Yamini Mohd Kahar Muzakar

Keyword
  • Ekonomi, Keselamatan Insan, Krisis Makanan, Nigeria, Politik

Abstract
  • Nigeria adalah sebuah negara yang menghadapi masalah serius berkaitan dengan krisis makanan. Keadaan krisis makanan yang melanda negrara ini bukan sahaja mengancam kehidupan seharia rakyatnya, tetapi juga akan memberi kesan negatif terhadap keselamatan Insan secara keseluruhan. Dalam konteks ini, krisi yang berlaku telah menyebabkan rakyat Niegeria terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendalami dan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai krisis makanan yang berlaku. Nigeria kini sedang menghadapi krisis makanan yang teruk, diburukkan lagi oleh konflik dan cabaran ekonomi yang berterusan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor-faktor berlakunya krisis makanan, mengkaji kesan daripada krisis makanan terhadap Keselamatan Insan dan menganalisis usaha kerajaan dan masyarakat bagi menangani isu ini. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah kualitatif yang yang melibatkan pengumpulan maklumat daripada kajian-kajian lepas melalui sumber-sumber sekunder yang boleh dipercayai. Data ini diperoleh melalui maklumat dan dokumen dalam talian yang boleh dipercayai. Dapatan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa krisis makanan yang berlaku di Nigeria telah menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan termasuk malnutrisi, kesan kepada psikologi, ketidakstabilan ekonomi, peningkatan kadar jenayah dan pengangguran. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa langkah yang wajar diambil untuk mengatasi dan menyelesaikan isu ini. Antara langkah yang dicadangkan adalah pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang cukai yang rendah, bagi memastikan bebanan kewangan yang lebih ringan kepada rakyat, khususnya di kalangan petani serta mereka yang berpendapatan rendah.

Reference
  • No Data Recorded