Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan meneroka isu dan cabaran yang akan berlaku selepas wabak Covid-19. Kita tidak tahu bila pandemik COVID-19 ini akan berakhir tetapi kehidupan mesti diteruskan dengan gaya hidup yang baru. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah pendekatan deskriptif analitis iaitu pengkajian secara sistematis terhadap sumber primer dan sekunder. Sumber primer adalah daripada jurnal-jurnal, buku-buku, media elektronik serta apa-apa dapatan yang berkaitan dengan persoalan kajian. Manakala, sumber sekunder daripada akhbar online yang melaporkan temubual dengan tokoh-tokoh yang berkait dengan persoalan yang dikaji. Analisis yang digunakan ialah analisis kandungan iaitu perbahasan mendalam terhadap kandungan maklumat yang dikumpul. Analisis dimulai dengan melakukan telaah dan pencatatan terhadap kesemua maklumat yang terkumpul. Keputusan kajian menuntut kita berubah dari segi gaya hidup, sumber ekonomi baru dan cara berfikir.