Refleksi pelaksanaan praktis kerja sosial kumpulan melalui medium talian
List of Authors
  • Nor Jana Saim , Norulhuda Sarnon@Kusenin , Nur Saadah Mohamad Aun

Keyword
  • kerja kumpulan, COVID-19, dalam talian, praktis kerja sosial, pekerja sosial

Abstract
  • Dalam berhadapan dengan isu kesihatan dunia kini iaitu pandemik Covid-19, praktis kerja sosial yang menggunakan kaedah kumpulan menjadi sangat terhad. Keperluan kerja kumpulan yang melibatkan perjumpaan bersama dengan ahli kumpulan menjadi sangat mencabar kerana perjumpaan secara berkumpulan itu adalah suatu yang perlu dielakkan lantaran boleh mendatangkan risiko dijangkiti Covid-19. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh pekerja sosial semasa melaksanakan kaedah kerja kumpulan secara norma baharu iaitu secara dalam talian. Kajian bersifat penerokaan awal ini menggunakan kaedah analisis dokumen. Teknik pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan. Data kajian melibatkan 20 buah dokumen laporan kerja lapangan oleh seramai 20 orang pekerja sosial yang mengikuti program Diploma Pasca Siswazah Kerja Sosial (DPSKS) dan telah menjalankan kerja kumpulan selama 7 minggu secara dalam talian. Kumpulan klien yang dikendalikan oleh mereka adalah terdiri daripada 20 kumpulan remaja akhir yang sedang mengikuti pengajian di universiti tempatan. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 94 orang. Data kajian ini kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teknik analisis dokumen. Hasil kajian yang dijalankan mendapati lima isu utama yang menjadi cabaran apabila melaksanakan kerja kumpulan atas talian iaitu (i) reaksi ahli kumpulan tidak jelas (ii) rappo yang lebih lama (iii) masalah teknikal (iv) kurang kohesion sesama ahli kumpulan dan (v) cabaran daya tindak pekerja sosial. Kreativiti pekerja sosial amat disarankan supaya pelaksanaan kerja kumpulan dapat diberikan secara maksima walaupun tidak seperti keadaan bersemuka.

Reference
  • 1. Abdul Razak Abd Manaf. (2019). Penyelenggara Modul Kerja Sosial Asas. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial. UUM Press.
    2. Abdul Razak Abd Manaf, Nur Farhana Mohamed Nore, Norzila Jamaludin, Fatin Hakimah Mohd Arshad dan Tuan Muhammas Zuki Tuan Sembok. (2012). Asas-Asas Amalan Kerja Sosial. Sintok: UUM Press.
    3. Blanchard, A. L. (2021). The effects of COVID-19 on virtual working within online groups. Group Processes & Intergroup Relations, 24(2), 290–296.
    4. Blanchard, A. L. & McBride, A. (2019). Putting the “group” in group meetings: Entitativity in face-to-face and online meetings. Dalam Meinecke, A. L., Allen, J. A., Lehmann-Willenbrock, N. (Eds.), Managing meetings in organizations (pp. 71–92). Emerald Group Publishing.
    5. Bowen, G. A. (2009). Document analysis as a qualitative research method. Qualitative Research Journal, 9(2), 27-40. doi:10.3316/QRJ0902027.
    6. Charles H. Z. (2014). Social Works with Groups. USA: Cengage Learning.
    7. Feijt, M., Kort, Y. D., Bongers. I., Bierbooms, J., Westerink, J., & Ijsselsteijn, W. (2020). Mental Health Care Goes Online: Practitioners' Experiences of Providing Mental Health Care During the COVID-19 Pandemic. Cyberpsychology. Behavior and Social Networking, 860-864. http://doi.org/10.1089/cyber.2020.0370.
    8. Hales, A., Wood, N., Williams, K. (2021). Navigating COVID-19. Group Processes & Intergroup Relations, 24, 307–311. https://doi.org/10.1177/1368430220981408.
    9. Hung, E. N., Lee, T.T-T., & Cheung, J. C. S. (2021). Practising social work groups online: Practitioners’ reflection on the COVID-19 outbreak. International Social Work. 1-5 doi:10.1177/0020872821989796.
    10. Kenny, R. M., Galloghly, E., Porter C.M., Burbach, F. R. (2021). ‘Living in a Zoom world’: Survey mapping how COVID-19 is changing family therapy practice in the UK. Journal of Family Therapy, 43(2), 272-294.
    11. Khalil, R., Mansour, A.E. & Fadda, W. A. (2020). The sudden transition to synchronized online learning during the COVID-19 pandemic in Saudi Arabia: a qualitative study exploring medical students’ perspectives. BMC Medicine Education; 20(285), 2-10 https://doi.org/10.1186/s12909-020-02208-z.
    12. Leonardi, P. M. (2018). Social media and the development of shared cognition: The roles of network expansion, content integration, and triggered recalling. Organization Science, 29, 547–568. https://doi.org/10.1287/orsc.2017.1200.
    13. Lim, J. H. R., Lim, J. X. N., Lee, Q.H., Lim, S. W., Wong, E. Y. Q., Tan, T. W. & Ivan Woo, I. M. H. (2020). Lessons learnt from group work during COVID-19 pandemic. Asia Pacific Journal of Social Work and Development, 31(1-2), 139-146.
    14. Mishna, F., Milne, E., Bogo, M., & Pereira, L. F. (2020). Responding to COVID-19: New Trends in Social Workers’ Use of Information and Communication Technology. Clinical Social Work Journal, 1- 11.
    15. O’Leary, Z. (2014). The essential guide to doing your research project (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications, Inc.
    16. Sojan Anthony. (2020). Social Group Work: Guidance for Practice. National Institute of Mental Health and Neuro Sciences. Bengaluru.
    17. Toseland, R. W. & Rivas, R. F. (2017). An introduction to group work practice. Boston: Pearson.
    18. Toseland, R.W. & R.F. Rivas. (2012). An introduction to group work practice. 3rd ed. Boston: Allyn and Bacon.
    19. Trevor, L. & S. Orton. (2014). Groupwork Practice in Social Work. London: Learning Matters.