Generasi muda hari ini sangat bergantung kepada telefon bimbit dan Internet, dan penggunaannya semakin meningkat. Walaupun teknologi ini menawarkan banyak faedah, penggunaan telefon bimbit dan Internet yang berlebihan menjadikan remaja lebih mudah terdedah kepada buli siber. Kajian kualitatif ini meneroka pengalaman buli siber dua pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Terengganu. Penemuan menunjukkan bahawa responden yang ditemubual, memahami dan dapat menerangkan maksud dan ciri-ciri buli siber. Responden melaporkan mengalami kejadian buli siber di luar persekolahan; walau bagaimanapun ia turut memberi kesan di sekolah. Bentuk buli siber yang biasa dialami oleh responden termasuk penyamaran identiti, mesej yang mengancam, ancaman berterusan dan kandungan lucah dalam media sosial. Responden dapat mencadangkan beberapa strategi asas untuk menangani buli siber. Penemuan dari kajian ini boleh digunakan oleh pentadbir sekolah dan kaunselor untuk membangunkan program intervensi bagi membendung buli siber dalam kalangan pelajar.