Tahap Perkembangan Komunikasi Murid di Prasekolah
List of Authors
  • Anggela Ezra Angin, Suziyani Mohamed

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Perkembangan komunikasi kanak-kanak merupakan satu perkembangan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak perlu mendapatkan pendedahan seawal yang mungkin agar mereka dapat menguasai perkembangan komunikasi dengan efektif. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif ini ialah kajian tinjauan. Instrumen soal selidik yang digunakan ialah Assessment, Evaluation, and Programming System for Infants and Children yang telah diubahsuai untuk mengukur tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah. Soal selidik yang menggunakan skala likert 3 mata ini telah diedarkan kepada responden kajian melalui Google Form. Responden kajian adalah seramai 300 orang ibu bapa atau penjaga daripada 29 buah kelas prasekolah di Telupid, Sabah yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Pengumpulan dan penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS). Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan tahap perkembangan komunikasi murid di prasekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap perkembangan komunikasi berada pada tahap telah menguasai. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan komunikasi yang baik sesuai dengan umur mereka. Perbincangan kajian mendapati bahawa perkembangan komunikasi kanak-kanak dapat berkembang dengan baik dengan adanya sokongan daripada persekitaran mereka. Ibu bapa perlu peka dengan tanggungjawab mereka dalam memastikan kanak-kanak berkembang secara optimum dan menyeluruh.


Reference
  • No Data Recorded