Mengkaji Tahap Penerimaan Pengguna Terhadap Ketapang Seeds Daripada Terminalia Cattapa (Biji Ketapang) Melalui Ujian Organoleptik dan Kajian kandungan Nutrisi Anda
List of Authors
  • Normala Sulaiman

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Terminalia Cattapa atau dikenali sebagai Pokok Ketapang banyak tumbuh di sepanjang persisiran pantai di Malaysia. Kebanyakan pokok yang ditanam pula hanya digunakan sebagai bahan lanskap atas faktor fizikal pokok yang rendang dan teduh. Pokok ketapang menghasilkan bunga dan buah sepanjang tahun dan ianya dianggap sebagai sampah dan tiada nilai. Dalam kajian ini, penyelidik mengkaji tahap penerimaan pengguna terhadap kacang daripada biji ketapang melalui ujian organoleptik dan melihat kandungan nutrisi yang terkandung di dalam snek kacang yang dihasilkan. Seramai 30 orang responden daripada komuniti Politeknik Merlimau, Melaka dipilih secara rawak bagi menjalankan ujian organoleptik menggunakan skala hedonik dan ianya dianalisis menggunakan data Sains Sosial Pakej Statistik (SPSS) versi 24 untuk memperolehi kekerapan dan nilai min bagi menilai rasa, bau, tekstur. Hasil ujian organoleptik kajian ini menunjukkan skor nilaian min secara keseluruhan bagi penerimaan produk adalah 4.72, dengan nilaian min 4.70 bagi rasa, 4.73 bagi tekstur dan 4.73 bagi bau dan menunjukkan ianya sangat diterima di kalangan responden. Hasil analisis nutrisi juga menunjukkan produk ini juga tinggi dengan nilaian protein dan tenaga, iaitu 21.02 g, 338 kcal. Kandungan lemak juga adalah lebih rendah 2.2g untuk setiap 100g Ketapang Seeds mempunyai 96.3 % lebih rendah lemak berbanding nilaian lemak pada kekacang lain yang ada dipasaran.


Reference
  • No Data Recorded