Penderitaan mangsa pemerdagangan orang di Malaysia
List of Authors
  • Arena Che Kasim , Jamiah Manap , Nurul Nabila Mohd. Izani

Keyword
  • pemerdagangan orang, psikologi pendidikan, pembangunan belia, kesejahteraan, keluarga

Abstract
  • Jenayah pemerdagangan orang melanggar hak asasi dan mencabul kehormatan manusia. Ia adalah perhambaan zaman moden yang mencalarkan imej, etika, kredibiliti serta hubungan antarabangsa. Penderitaan yang dilalui oleh mangsa pemerdagangan orang sewajarnya dipaparkan untuk membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka penderitaan yang dilalui oleh mangsa pemerdagangan orang di Malaysia. Pendekatan kualitatif kajian kes berganda digunakan untuk memahami situasi ini. Sejumlah 18 orang mangsa pemerdagangan orang di sebuah pusat perlindungan yang dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan dan persampelan bebola salji telah ditemu ramah secara berkumpulan (kumpulan berfokus). Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Kajian mendapati, mangsa pemerdagangan mengalami penderitaan fizikal, mental dan spiritual terutamanya dalam tempoh pemerdagangan. Sehubungan itu, pelan tindakan khas perlu dilaksanakan untuk mencegah, meningkatkan kesedaran masyarakat dan membanteras jenayah pemerdagangan manusia. Kajian ini memberi implikasi kepada pertubuhan dan agensi kebajikan, penguatkuasaan, jenayah, pemulihan dan kerohanian untuk bersinergi bagi membantu mangsa pemerdagangan orang.

Reference
  • 1. Akta Kerja 1955 (Akta 265). Peraturan-Peraturan dan Perintah & Perundangan Terpilih. Petaling Jaya, Selangor: International Law Book.
    2. Banovic, B. & Bjelajac, Z. (2012). Traumatic experiences, psychophysical consequences and needs of human trafficking victims. Military Medical & Pharmaceutical Journal of Serbia & Montenegro, 69(1), 94-97.
    3. Chu, C.Y. (2011). Human trafficking and smuggling in China. Journal of Contemporary China, 20(68), 39-52.
    4. Clark, M.A. (2003). Trafficking in persons: an issue of human security. Journal of Human Development, 4(2), 247-263.
    5. Cullen-DuPont, K. (2009). Global Issues: Human Trafficking. New York: Library of Congress Cataloging-in-Publication Data.
    6. DeStefano, A. M. (2007). The war on human trafficking: U.S. Poicy Assessed. United States: Rutgers University Press.
    7. Gusni Saat. (2012). Isu-isu perlaksanaan akta antipemerdagangan orang 2007 (Malaysia): interpretasi dimensi sosiologikal. Akademika, 82(1), 49-55.
    8. Hart, J. (2009). Human Trafficking. New York: The Rosen Publishing Group.
    9. Genisha Ayu Mat Saat & Nadiah Syariani Md Shariff. (2015). Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 13(2), 19-35
    10. Jones, L., Engstrom, D., Hilliard, P. & Sungkawan, D. (2009). Human trafficking between Thailand and Japan: lessons in recruitment, transit and control. International Journal of Social Welfare, 20, 203-211.
    11. Kementerian Dalam Negeri. (2021). Statistik kes pemerdagangan orang mengikut agensi penguatkuasaan. Diakses pada 30 Jun 2021. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/ dataset/statistik-tindakan-oleh-agensi-agensi-penguatkuasaan-berdasarkan-akta-anti-pemerdagangan-orang.
    12. Marshall, P. & Thatun, S. (2005). Miles away: the trouble with prevention in the greater Mekong Sub-Region. In Kemala Kempadoo, Jyoti Shangera and Bandana Pattanaik (Eds), Trafficking and prostitution reconsidered: New Perspectives on Migration, Sex Work, and Human Rights. London: Paradigm Publishers.
    13. McCabe, K. A. (2008). The Trafficking of persons. New York: Peter Lang Publishing.
    14. Nair, P. M. & Sen, S. (2005). Trafficking in women and children in India. New Delhi: Orient Longman Private Limited.
    15. Reseman Ajiman, Rohani Abdul Rahim, Azizah Landa, Rovina Intung & Herlina Makanah. (2015). Pencegahan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia: penguatkuasaan dan perundangan. Dilihat pada 30 Januari 2020. https://eprints. uny.ac.id/28015/1/Reseman%20Ajiman%20Revised%20PAHMI15%20Reseman%20(full%20paper%202015).docx
    16. Shelley, L. (2010). Human Trafficking: A Global Perspective. Cambridge University Press: New York. Department of State, United State of America. (2020). Trafficking in person report June 2020. Dilihat pada 27 Mei 2021. https://www.state.gov/wp-content/uploads/2020/06/2020-TIP-Report-Complete-062420-FINAL.pdf.
    17. Wheaton, E. M., Schauer, E. J. & Galli, T.V. (2010). Economics of Human Trafficking. Journal Compilation, 48(4), 114-141.