Persepsi pekerja terhadap sensitiviti gangguan seksual dan hubungannya dengan tingkah laku devian
List of Authors
  • Abdul Rashid Abdul Aziz , Mohamad Isa Amat , Mohd Azrin Mohd Nasir , Mohd Zaliridzal Zakaria , Nor Hamizah Ab Razak

Keyword
  • Gangguan seksual, pekerja, tempat kerja, persepsi,tingkah laku devian

Abstract
  • Ketika ini, statistik kes gangguan seksual dan keganasan di Malaysia dilihat sedang mengalami peningkatan yang mendadak. Ia bukan sahaja berlaku di tempat awam, malah boleh berlaku di tempat kerja. Gangguan seksual dalam kalangan pekerja bukanlah isu yang boleh di pandang remeh kerana ianya merupakan isu sosial yang boleh memberi implikasi kepada produktiviti, motivasi dan persekitaran kerja yang berkualiti dan selamat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk; a)mengenalpasti persepsi pekerja terhadap sensitiviti gangguan seksual dan hubungannya dengan tingkah laku devian. b)mengkaji perbezaan persepsi pekerja mengikut jenis jantina dan bangsa bagi sensitiviti terhadap gangguan seksual. kajian ini berbentuk tinjauan kuantitatif dengan menggunakan persampelan rawak mudah melibatkan 294 responden. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik adaptasi gangguan seksual daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2019 dan Skala Delinkuen Junger 1997. Data kajian dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 untuk menganalisis data statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa perempuan lebih sensitif berbanding lelaki terhadap bentuk-bentuk gangguan seksual. Selain itu, dapatan menunjukkan semakin tinggi tingkah laku devian individu, maka semakin rendah tahap sensitivitinya terhadap gangguan seksual.Dari aspek bangsa, kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi gangguan seksual mengikut bangsa yang mungkin dipengaruhi oleh gaya hidup, budaya dan agama. Berdasarkan dapatan kajian, gangguan seksual ini boleh dibendung dengan adanya kesedaran kendiri untuk mengelak kejadian berlaku terhadap diri sendiri. Pihak organisasi juga berperanan dalam mewujudkan faktor pelindung bagi menghalang tingkah laku ini berlaku di tempat kerja dengan menekankan etika kerja profesional dan mewujudkan saluran aduan bagi memelihara kesejahteraan persekitaran tempat kerja serta produktiviti pekerja.

Reference
  • 1. Ab, Aziz Yusof. (2002). Pengurusan sumber manusia: konsep, isu dan pelaksanaan. Selangor: Prentice Hall.
    2. Abd Rahim Rashid. (2003). Gangguan seksual: Pengurusan tingkah laku dan perkembangan gender dalam organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
    3. Ahmad Shamsul Abdul Aziz. (2005). Undang-undang gangguan seksual di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional.
    4. Atkins, C. K. 2004. The role of pavlovian conditioning in sexual behavior. International Journal of Comparative Psychology, 17, 2, 262.
    5. Azianura Hani Shaari & Mohammad Rahim Kamaludin. 2019. Buli Siber: Ketidaksantunan Bahasa Dan Etika Media Sosial Dalam Kalangan Remaja Malaysia. e-Bangi-Journal of Social Sciences and Humanities, 16, 6, 1-16.
    6. Azizi Yahaya, Mohd. Najib Abd. Ghaffar & Badrulzaman Baharom. (2010). Family Atmosphere And Its Effects On The Adolescents Deviant Behaviour. pp. 1-15. (Tidak diterbitkan).
    7. Azura Hamdan & Ahmad Izzuddin Fahmi Che Rahim. 2010. Persepsi Kefahaman Pekerja Berhubung Gangguan Seksual Di Tempat Kerja. Jurnal Psikologi dan Perkhidmatan Awam Malaysia, 5, 1-21.
    8. Brent, B. B, & Robert, F. C. 2008. Adolescent Deviant Behaviour: Multiple Contingency Table Analyses of Overlap Between Behaviours. Journal of Social Service Research, 24, 1-2, 25-59.
    9. Cassino, D. & Besen-Cassino, Y. (2019). Race, Threat and Workplace Sexual Harassment: The Dynamics of Harassment in the United States, 1997–2016, Gender Work Organisation, 26, 1221-1240. Capaian pada 13 September 2020 dari, https://onlinelibrary.wiley.com/doi/epdf/10.1111/gwao.12394
    10. Crow, S. M, Hartman, S. J, Hammond, D. & Fog, L.Y. 1995. The impact of personality factors on sexual and non-sexual harassment sensitivity. Women in Management Review, 2, 10, 9-19.
    11. Cuthbertson, A. (2019, Sept 12). Facebook and Instagram Censor Sexual Emoji and Stop Link to Private Pornography Site. https://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-tech/news/instagram-emoji-facebook-sex-pornography-aubergine-rules-a9176326.html
    12. Garis Panduan Gangguan Seksual, Jabatan Perkhidmatan Awam (2013). Pekeliling tahun 2005.Capaian pada 10 September 2020 dari https://www.jpa.gov.my/ppspp/index.php/pentadbiranorganisasi/item/809-pp-bil-22-2005-garis-panduan-mengendalikan-gangguan-seksual.html
    13. Goleman, D. (1991). Sexual Harassment: About Power, not Sex. New York Times. Capaian pada Mei 13, 2020 dari https://www.nytimes.com/1991/10/22/science/sexual-harassment-it-s-about-power-not-lust.html
    14. Haeme Hashim. (2019). Saman Gangguan Seksual. Sinar Harian. Capaian Pada 11 September 2020 dari https://www.sinarharian.com.my/article/57923/KOLUMNIS/Saman-gangguan-seksual
    15. Harian Metro. (1999, Mac 2). Kes gangguan seks perlu diperjelas. pp.2.
    16. Hendrix, W. H., Rueb, J .D., & Steel, R. P. 1998. Sexual harrasment and gender differences. Journal of Social Behavior & Personality, 13, 2, 235-252.
    17. Hidayah Mohammad. (2018). Gangguan Seksual: 80 Peratus Wanita Tidak lapor. Berita Harian
    18. Online. Capaian pada 10 September 2020 dari https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/12/506347/gangguan-seksual-80-peratus-wanita-tak-lapor
    19. Irfan Faruqi (2020). Jenayah Seksual Perlu Kesedaran Tuntas. Bernama. Dicapai pada 1 Februari 2020 daripada https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1872157
    20. Ishak Mad Shah, Hamidah Rahman, Hapriza Ashari, Aminah Khalid & Hamdan Abdul Kadir.(2004). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kajian ke atas Mangsa dan Pelaku di SekitarJohor Bahru, Johor. Monograf yang tidak diterbitkan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
    21. Ivy, K. H., Khanh T. D., Sarah M. B. & Amanda L. I. 2018. Cultural Adaptation and Sexual Harassment in the Lives of Asian American Women. Women & Therapy Journal, 1-17. https://doi.org/10.1080/02703149.2018.1430300
    22. Jamaliah Shamsudin. (2003). Persepsi Pekerja Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Satu Kajian Ke Atas Operator Pengeluaran di Syarikat di Shah Alam, Selangor, [Tesis Sarjana], Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
    23. Jones, C. (1996). Library in a book, sexsual harassment. Facts On File, Inc. An InfoBase Holding Company.
    24. Junger-Tas, J. (1977). Hidden delinquency and judicial selection in Belgium. In Friday, P. C., and Lorne Stewart, V. (Eds.), Youth Crime and Juvenile Justice (pp. 70–95). New York: Praeger.
    25. Khairunesa Isa & Sazali Samad. 2012. Tahap Kesedaran Pekerja Hubungannya dengan Salah Laku Gangguan Seksual di Tempat Kerja. Journal of Techno Social, 4, 2, 55-66.
    26. Kementerian Sumber Manusia Malaysia. (2020, Julai 2). Data kes-kes gangguan seksual. Capaian pada dari https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/
    27. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN). (2006). Laman Web Rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN). Laporan Tahunan LPPKN. Statistik Gangguan Seksual. Pertubuhan Pertolongan Wanita Malaysia. http://familyrepository.lppkn.gov.my/681/.
    28. Ma’rof Redzuan. (2001). Psikologi Sosial. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    29. Media Baharu. (2019). Kumpul data: Kajian soal selidik mengenai gangguan seksual dilancar. Capaian pada 11 September dari https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/14402-kumpul-datakajian-soal-selidik-mengenai-gangguan-seksual-dilancar
    30. Omar B. Tengku Bot dan Maimunah Aminuddin. (2000). A guide to the Malaysian code of practice on sexual harassment in the workplace. Kuala Lumpur: Leeds Publication.
    31. Petrocelli, W & Repa, B. K. (1999). Sexual Harassment On The Job: What It Is & How To Stop It. (4th ed.). United States: Nolo Press.
    32. Pryor, J. B., LaVite, C. M., & Stoller, L. M. 1993. A social psychological analysis of sexual harrasment: The person/ stuation interaction. Journal of Vacational Behavior, 42, 1, 68-83.
    33. Raj, A., Johns, N., & Jose, R. 2019. Racial/Ethnic Disparities in Sexual Harassment in the United States-2018. Journal of interpersonal violence, 886260519842171. Advance online publication. https://doi.org/10.1177/0886260519842171
    34. Sabitha Marican. (2006). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Ulasan dan Perbandingan Teori, di dalam Azlin Hilma Hillaluddin (Eds.), Isu-Isu dan Pendidikan Kerja Sosial. Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    35. Sabitha Marican, Ahmad Shamsul Abd Aziz & Md Zawawi Abu Bakar. (2006). Persepsi gangguan seksual dan budaya tingkah laku devian di sektor awam. Project Report. Universiti Utara Malaysia. (Tidak diterbitkan).
    36. Sabitha Marican. (2002). Gangguan Seksual di Institusi Pengajian Tinggi. Pemikir, 241-266.
    37. Sabitha Marican (2000). Persepsi Terhadap Gangguan Seksual di Tempat Kerja di Kalangan Pentadbir di Sektor Awam. Sintok, Kedah: Universiti Utara Malaysia.
    38. Sabitha, M. (1999). Persepsi terhadap gangguan seksual di tempat kerja di kalangan pentadbir disektor awam. Seminar Penyelidikan UUM Ke 5, Pusat Penyelidikan dan Perundingan, 28-30 September.
    39. Sajeet Pradhan & Rabindra Kumar Pradhan. 2013. Workplace Spirituality And Deviant Workplace Behaviours: Lessons From Age-Old Wisdom. Integrating Spirituality and Organizational Leadership, 36, 455-465.
    40. Smith, P. K. & Thompson, D. (1991). Practical approaches to bullying. London: David Fulton.
    41. Suhaila Shahrul Anuar. (2019). KPWKM lancar soal selidik gangguan seksual dalam talian. Berita Harian Online. Capaian Pada 11 September 2020 dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/593055/kpwkm-lancar-soal-selidik-gangguan-seksual-dalam-talian
    42. Stockdale, M. S. 1993. The role of sexual misperceptions of women’s friendliness in an emerging theory of sexual harrasment. Journal of Vocational Behavior, 42, 84-101.
    43. Terpstra, D. E., & Cook, S. E. 1985. Complainant characteristics and reported behaviors and consequences associated with formal sexual harrasment charges. Personnel Psychology, 38, 3, 559-574.
    44. Vincent, G. M., Laura S. G. & Thomas, G. (2012). Risk Assessment in Juvenile Justice: A Guidebook for Implementation. New York.
    45. Xin Shi & Yong Zheng. 2020. Perception and Tolerance of Sexual Harassment: An Examination of Feminist Identity, Sexism, and Gender Roles in a Sample of Chinese Working Women. Psychology of Women Quarterly, 44, 2, 217–233.
    46. Zakaria Ismail, Abdul Malik Habeeb & Malani Achro. (2001). Gangguan seksual di tempat kerja definisi, kesan dan langkah mengatasinya. Capaian pada 2 Julai 2020 dari http://repo.uum.edu.my/449/1/Zakaria_Ismail.pdf
    47. Zhu, H., Lyu, Y. & Ye, Y. 2019. Workplace sexual harassment, workplace deviance, and family undermining. International Journal of Contemporary Hospitality Management, 31, 2, 594-614. Capaian pada 24 Ogos 2020 dari https://doi.org/10.1108/IJCHM-11-2017-0776