Sikap Murid Sekolah Menengah Terhadap PdP Bahasa Melayu Pasca Pandemik
Tujuan kajian ini untuk mengkaji sikap murid sekolah menengah terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu pasca pandemik. Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah yang terletak di Miri yang melibatkan seramai 150 orang sampel kajian. Teori Pembelajaran Atribusi Bersebab digunakan untuk mendasari kajian ini. Reka bentuk kajian kuantitatif melalui pendekatan soal selidik digunakan. Dapatan menunjukkan bahawa tahap sikap murid terhadap PdP bahasa Melayu pasca pandemik adalah tinggi. Diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh guru, KPM dan pengkaji lain untuk membuat kajian lanjutan. Kesimpulannya, PdP bahasa Melayu pasca PdPR memberikan kesan yang positif terhadap tahap sikap murid.