Integrasi aktiviti fizikal dalam bilik darjah terhadap kanak-kanak tahun satu
List of Authors
  • Chiam Shin Ying , Denise Koh

Keyword
  • integrasi aktivti fizikal, pembelajaran kanak-kanak, bilik darjah

Abstract
  • Aktiviti fizikal banyak memberi faedah terhadap kesihatan dan pencapaian akademik kanak-kanak. Program integrasi aktiviti fizikal dalam bilik darjah dilaksanakan bagi mengelakkan amalan sedentari serta memupuk keseronokan dan mental kanak-kanak. Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan program integrasi aktiviti fizikal dalam bilik darjah terhadap prestasi pembelajaran kanak-kanak Tahun Satu. Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini menggunakan alat pedometer, borang soal selidik Feeling scale dan Pentaksiran dalam Bilik Darjah (PBD) sebagai instrumen kajian. Seramai 52 orang murid tahun satu dari dua kelas dipilih sebagai responden kajian ini, iaitu satu sebagai kumpulan kawalan dan satu lagi sebagai kumpulan rawatan. Data dianalisis menggunakan analisis statistik, iaitu ujian t sampel bebas dan ujian khi kuasa dua bagi melihat perbezaan tahap aktiviti fizikal, keseronokan pencapaian akademik antara dua kumpulan. Penemuan menunjukkan tahap aktiviti fizikal dan keseronokan kanak-kanak semasa fasa intervensi adalah lebih tinggi bagi kumpulan intervensi. Pencapaian akademik bagi kumpulan intervensi meningkat secara ketara berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan program integrasi aktiviti fizikal dalam bilik darjah adalah strategi pengajaran yang efektif.

Reference
  • 1. Anon. 2018. Lebih 50 peratus remaja tidak aktif, amalkan cara hidup sedentari. Utusan Online, 16 Sep: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-50-peratus-remaja-tidak-aktif-amalkan-cara-hidup-sedentari-185704

    2. Bartholomew, J. B. & Jowers, E.M. 2011. Physically active academic lessons in elementary children. Journal of Kinesiology and Health 52:51-54.

    3. Centers of Disease and Preventation. 2019. Classroom physical aktivity.

    4. Centers of Disease and Preventation. 2018. Integrate classroom physical activity in school:a guide for putting strategies into practice.

    5. Chen, B.H (pnys.). 2018. Integrate Classroom Physical Activity in Schools: A Guide for Putting Strategies into Practice. New Orleans: National Network of Public Health Institutes.

    6. Chua, Y. P. 2016. Mastering research methods. Shah Alam: McGraw-Hill Education.

    7. Dicken, K. & Tajul, A. M. 2017. Cabaran pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah di Malaysia. Journal of Nusantara Studies 2(2): 53-65. https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/view/185 [30 Mac 2019]

    8. Ghazali, D. & Sufean, H. 2018. Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: amalan dan analalisis kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    9. Irma, M.M.Y., Maimun, A.L., Zaid, A.F. & Aisyah, S. 2017. Penggunaan teknik pembelajaran aspek kosa kata bahasa arab dalam kalangan murid. Journal on Islam and Civilization 1(1):14-24.

    10. James, A. S., David, A. D. & Harold, W. K. 2004. Exercise level and energy expenditure in the take 10! In class physical activity program. Journal of School Health 74(10):397-400.

    11. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah.

    12. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2015. Garis panduan: aktiviti fizikal Malaysia.

    13. Manisah, M. A. & Norizza, S. 2016. Intervensi meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 41(1): 2-6. http://journalarticle.ukm.my/10451/1/14002-38450-1-SM.pdf [29 Mac 2019]

    14. Mavilidi, M. F., Anthony, D.O., Paul, C. & Fred, P. 2017. Efffects of integrating physical activities into a science lesson on preschool children’s learning and enjoyment: integrated physical activity. Applied Cognitive Psycology.

    15. Miriam, A.B. S. 2013. Integrated classroom physical activity: Examining perceived need satisfaction and academic performance in children. Graduate Theses and Dissertations 13366.

    16. Murukesu. 2001. Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Terhadap Senaman Di Kalangan Guru-guru Pelatih Wanita Maktab Perguruan Sandakan, Sabah.

    17. Okely, A. D., Chandler, P., Cliff, D. P. & Paas., F. 2017. Effects of integrating movements into learning task on preschool children’ cognition and learning. Tesis Dr. Mavilidi, M. F, University of Wollongong.

    18. Russell, R.P., Chair,M. G., Davis, Thomas, N. & Judith. C. 2006. Promotong physical activity in children dan youth.

    19. Snyder, K., Dinkel, D.M., Schaffer, C., Hively, S. & Colpitts, A. 2017. Purposeful movevment: the integration of physical activity into mathematics unit. Journal of Research in Education 3(1): 76-87. https://digitalcommons.unomaha.edu [29 Mac2019]

    20. Spyridoula, V. Jacqueline, S.K. & Elizabeth, L.H. 2017. Move for thought: pre k and k. Iowa Department of Education.

    21. Syed, L., Mohd, I. & Sareena, H. H. 2018. Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 7(1): 21-33. http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/697 [28 Mac 2019]

    22. Zawiah, H. & Chin, Y. S. 2017. Bangun, bergeraklah. Metro, 17 April: https://www.hmetro.com.my/node/222199