Pembabitan Tun Dr. Ismail dalam Umno: 1951-1957
List of Authors
  • Shahirah Mustaffa

Keyword
  • Tun Dr. Ismail, UMNO, kemerdekaan, pergabungan, Majlis Perundangan Persekutuan, sistem ahli

Abstract
  • Tun Dr. Ismail merupakan salah seorang pemimpin yang memainkan peranan penting dalam proses mencapai kemerdekaan negara. Pelbagai jawatan penting telah disandang beliau semenjak mula membabitkan diri dalam perjuangan UMNO, antaranya naib presiden UMNO dan Jawatankuasa Kewangan UMNO. Walaupun terdapat banyak kajian mengenai UMNO yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu, namun, masih belum ada kajian terperinci dilakukan oleh mana-mana pengkaji mengenai pembabitan Dr. Ismail dalam UMNO. Penglibatan Dr. Ismail dalam UMNO amat penting untuk dikaji memandangkan ketika Tunku Abdul Rahman mengambil alih tampuk pimpinan UMNO pada tahun 1951, beliau merupakan orang nombor tiga parti selepas Tunku dan Tun Abdul Razak. Ooi Kee Beng misalnya, di dalam buku tulisannya The Reluctant Politician: Tun Dr. Ismail and His Time turut menyentuh mengenai pembabitan Dr. Ismail ketika menyertai UMNO. Namun demikian, beliau hanya menumpukan kajian terhadap pembabitan Dr. Ismail dalam menyertai rombongan kemerdekaan di London. Thajunnisa Mohamed Ibrahim dalam bukunya bertajuk Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip, turut mengupas mengenai pembabitan Dr. Ismail dalam UMNO. Namun penulis hanya menyentuh secara ringkas mengenai pembabitan beliau dalam UMNO dan sumber yang digunakan juga amat terbatas. Bagi mengisi kelompangan yang ditinggalkan oleh pengkaji terdahulu, makalah ini dikemukakan bagi mengupas perjuangan Dr. Ismail dalam UMNO ketika Tanah Melayu melancarkan usaha untuk mencapai kemerdekaan.

Reference
  • 1. Central Office of Information (INF) 1, Files of Correspondence, 1936-1950.
    2. Colonial Office (CO) 537, Confidential General and Confidential Original Correspondence, 1759-1955.
    3. CO 1022, South East Asia Department: Original Correspondence, 1950-1956. WH 1184, Records Relating to Malaysia.
    4. Pejabat Sultan Negeri Kedah (PSNKED).
    5. Prime Minister's Office (PREM) 13, Correspondence and Papers, 1964-1970. Rumah Tun Dr. Ismail (RTDI).
    6. Senarai Fail UMNO (SFU).
    7. Setiausaha Agung UMNO (FSAUMNO).
    8. Surat Persendirian (SP) 33, Tun Tan Sri Dr. Hajah Fatimah Hashim.
    9. SP 176, Dr. William Roff.
    10. SP 379, Nik Anuar Nik Mahmud.
    11. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) Tun Ismail Private Paper (TIPP). Folio 12 (a).
    12. Ucapan-ucapan Tun Dr. Ismail (UTDI).
    13. Singapore Free Press .
    14. Straits Times.
    15. Abdul Majid Yusuff, .Hilangnya Seorang Patriot. Kuala Lumpur: Knight.
    16. Abdullah Zakaria Ghazali, Adnan Haji Nawang dan Lee Kam Hing, 1997. Malaysia: Tokoh Dulu dan Kini. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
    17. Albert Lau, 1991. The Malayan Union Controversy 1942-1948. Singapura: Oxford University Press.
    18. Chamil Wariya, 1992. Politik dan Raja. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
    19. Chamil Wariya, 2007. 50 Ikon Bangsa. Kuala Lumpur: Media Global Matrix Sdn. Bhd.
    20. Cloake, John, 1985. Templer Tiger of Malaya: The Life of Field Marshal Sir Gerald Templer. London: Harrap Limited.
    21. Ibrahim Mahmood, 1982. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    22. J. Victor Morais, 1981. Tun Tan: Potrait of A Statesman. Singapura: Quins Pte. Ltd.
    23. John Cloake, 1985. Templer Tiger of Malaya: The Life of Field Marshal Sir Gerald Templer. London: Harrap Limited.
    24. Joseph M. Fernando, 2007. Federal Constitutions: A Comparative Study of Malaysia and the United States. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
    25. Joseph M. Fernando, 2009. The Alliance Road to Independence. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
    26. Kamdi Kamil, 2002. Tun Dr. Ismail. Dlm. Abu Bakar Hamid, Md. Ismail Zamzam (ed), 2002. Pejuang Terbilang Johor. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor.
    27. Kassim Thukiman, 2011. Sejarah Johor dalam Pelbagai Perspektif. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
    28. Khoo Kay Kim, 2007. The Making of Malaya, 1946-1955: The Fruits of Ethnic Co-operation. Dalam: Voon Phin Keong (ed), 2007. Malaysian Chinese and Nation- Building Before Merdeka and Fifty Years After, Vol. 1. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies.
    29. Mohamed Abid, 2003. Imbasan Peristiwa-peristiwa Sebelum Kemerdekaan Malaya. Selangor: Pelanduk Publications.
    30. Mohd Ashraf Ibrahim, 2004. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    31. Ooi Kee Beng, 2006. The Reluctant Politician: Tun Dr. Ismail and His Time. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.
    32. Ramlah Adam, 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universti Malaya Press.
    33. Ramlah Adam, 1999. Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    34. Ramlah Adam, 2004. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    35. Tengku Razaleigh Hamzah, 1985. Dari Batu Road ke Jalan Tun Dr. Ismail. In: Rosnah Majid, Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
    36. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 2007. Political Awakening. Subang Jaya: Pelanduk Publications.
    37. R.K. Vasil, 1980. Ethnic Politics in Malaysia. New Delhi: Radiant Publishers.
    38. Tunku Abdul Rahman Putra, 1979. Sudut Pandangan. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1979.
    39. Zainal Abidin Alias, 1976. Tan Sri Hj. Mohamed Noah. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad.
    40. Abdullah Zakaria Ghazali, 2013. Kumpulan Tujuh: Kisah Yang Tidak Banyak Diperhatikan Dalam Sejarah Perjuangan Melayu Menentang Malayan Union, Seminar Jabatan Sejarah, 26 April 2013, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
    41. In Aeternum, The Wyverns Society Newsletter- April 2010. Queen's and Malaysia: still enjoying a long and proud association. A tribute to two important Wyverns, [online] Available at: http://www.queens.unimelb.edu.au [Accessed 14 Januari 2013].