Impak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi pekebun mikro Harumanis di Paya Kelubi, Perlis
List of Authors
  • Ahmad Sukry Musa , Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid

Keyword
  • COVID-19, Mangga Harumanis, pemasaran digital, pendapatan, pekebun mikro

Abstract
  • Di Malaysia, sektor pertanian terkesan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan. Sepanjang PKP berlangsung, larangan rentas negeri dan daerah yang dikenakan sedikit sebanyak memberi kesan kepada pekebun mikro mangga Harumanis di Perlis terutamanya dalam aspek penghantaran dan pemasaran kepada pelanggan. Ini menyebabkan kumpulan pekebun mikro mangga Harumanis mengalami lambakan dan kerugian sekaligus menjejaskan pendapatan mereka. Oleh itu, kajian telah dilakukan ke atas pekebun mikro mangga Harumanis di Kampung Paya Kelubi, Perlis bertujuan untuk meneliti kesan pandemik Covid-19 serta mengenal pasti langkah-langkah yang telah diambil oleh pekebun mikro dalam menghadapi isu pandemik ini. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dimana instrumen kajian menggunakan soal selidik yang telah diedar secara terus atas talian melalui Google Forms kepada responden. Selain itu, kaedah kualitatif juga digunakan melalui temubual bersemuka dengan pekebun mikro Harumanis. Sampel responden dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dengan melibatkan 123 orang pekebun mikro Harumanis di Kampung Paya Kelubi, Perlis. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.0. Hasil dapatan mendapati, 100 peratus responden sememangnya terkesan dengan penularan pandemik COVID-19. Sekatan perjalanan dan perintah kawalan pergerakan juga menunjukkan responden tidak bersedia menghadapi pandemik ini kerana memberi impak kepada pemasaran produk Harumanis mereka. Namun demikian, responden mula beralih arah dengan mempergiatkan promosi produk mereka melalui pemasaran digital selaras dengan membudayakan norma baharu perniagaan dalam tempoh pandemik ini. Justeru, kajian ini dapat memberi input kepada pihak kerajaan bagi menyusun strategi dalam membantu pekebun mikro Harumanis mengharungi perniagaan era pasca COVID-19.

Reference
  • 1. Aling, Y. D. (2020, Mac 18). Bantu kami – Penjaja, MyMetro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/555848/bantu-kami-penjaja.
    2. Altieri, M. A. & Nicholls, C. I. 2020. Agroecology and the emergence of a post COVID 19 agriculture. Agriculture and Human Values, 37(0), 527-526. https://doi.org/10.1007/s10460-020-10043-7.
    3. Azizul Julirin. (2020, September 15). Day 5-RMO: Nasib Peniaga Sayuran Kundasang. Facebook. https://www.facebook.com/profile.php?id=1621903714.
    4. Berita Harian. (2020, Mei 27). Tingkat Usaha Transformasi Sektor Pertanian. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/05/693222/tingkat-usaha-transformasi-sektor-pertanian.
    5. Bhavani, R. V. & Gopinath R. 2020. The COVID-19 pandemic crisis and the relevance of a farm-system-for-nutrition approach. Food Security. 12, 881-884. https://doi.org/10.1007/s12571-020-01071-6.
    6. Dziyaul Afnan. (2021, Mac 6). 24 pusat pengumpulan harum manis dikenal pasti. Berita Harian Online. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/793294/24-pusat-pengumpulan-harum-manis-dikenal-pasti.
    7. Dzulkifli, I. (2020, Mac 23). PKP: Peniaga kecil rayu bantuan kerajaan. Daily Express. http://www.dailyexpress.com.my/news/149339/pkp-peniaga-kecil-rayu-bantuan-kerajaan/.
    8. Fabeil, N. F., Pazim, K. H, & Langgat, J. 2020. The Impact of COVID-19 Pandemic Crisis on Micro-Enterprises: Entrepreneurs’ Perspective on Business Continuity and Recovery Strategy. Journal of Economics and Business, 3(2), 837-844.
    9. Gardner, S. D & Blondeau, A. (2020, April 17). Digital Tools for Small Business During COVID19. Local Initiatives Support Corporation. https://www.lisc.org/media/filer_public/58/72/5872cab2-e323-478f-a9dd-94add3762358/digital_tools_for_small_biz_during_covid_19.pdf
    10. Ghani, F. A. (2020, September 15). Impak psikologi akibat wabak Covid-19. Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/impak-psikologi-akibat-wabak-covid-19-233648
    11. Hobbs, J. E. 2020. Food supply chains during the COVID-19 pandemic. Canadian Journal of Agricultural Economics, 68, 171–176. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/epdf/10.1111/cjag.12237
    12. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2020, Mac 31). Survei Khas Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/covid-19/Analisis_Survei_Khas_Kesan_COVID-19_Kepada_Ekonomi_dan_Individu-Laporan_Penuh.pdf
    13. Karabag, S. F. 2020. An unprecedented global crisis! The global, regional, national, political,economic and commercial impact of the coronavirus pandemic. Journal of Applied Economics and Business Research, 10(1): 1-6.
    14. Kumar, A., Padhee, A. K. & Kumar, S. 2020. How Indian agriculture should change after COVID-19. Food Security, 12, 837-840. https://link.springer.com/content/pdf/10.1007/s12571-020-01063-6.pdf
    15. Norsida Man. (2020, Disember 29). Helping farmers to cope with challenges. News Strait Times. https://www.nst.com.my/opinion/letters/2020/05/589885/helping-farmers-cope
    16. Peeri, N. C., Shrestha, N., Rahman, M. S., Zaki, R., Tan, Z., Bibi, S., Baghbanzadeh, M.,Aghamohammadi, N., Zhang, W. & Haque, U. 2020. The SARS, MERS and novel coronavirus (COVID-19) epidemics, the newest and biggest global health threats: What lessons have we learned?. International Journal of Epidemiology, 49(3), 717-726.
    17. Saari, M.Y. (2020, Mac 31). COVID-19: Malaysia sedang alami perubahan ekonomi total, ini 8 langkah persediaan. Astro Awani. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/COVID-19-malaysia-sedang-alami-perubahan-ekonomi-total-ini-8-langkah-persediaan-236161
    18. Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid & Fatimah Hassan. 2020. Amalan dan Penglibatan Peniaga Kecil melalui Perniagaan Digital Semasa Pandemik COVID-19 di Malaysia. Geografi, 8(2), 1-20.
    19. Snow, V. et al. 2020. Resilience achieved via multiple compensating subsystems: The immediate impacts of COVID-19 control measures on the agri-food systems of Australia and New Zealand. Agricultural System, 187, 1-10.
    20. Su, Z., McDonnell, D., Wen, J., Kozak, M., Abbas, J., Segalo, S., & Xiang, Y. T. (2021). Mental health consequences of COVID-19 media coverage: the need for effective crisis communication practices. Globalization and Health, 17(1), 1-8.
    21. Summerton, S. A. 2020. Implications of the COVID-19 Pandemic for Food Security and Social Protection in India. Indian Journal of Human Development, 14(2): 333-339. https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/0973703020944585
    22. Uda, M. N. A. et al. (2020, Disember 31). Harumanis Mango: Perspectives in Disease Management and Advancement using Interdigitated Electrodes (IDE) Nano-Biosensor [Conference Presentation]. IOP Conference Series: Materials Science and Engineering. 2nd Joint Conference on Green Engineering Technology & Applied Computing 2020. https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1757-899X/864/1/012180/pdf.