Geopolitik negeri Terengganu dalam pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14
List of Authors
  • Junaidi Awang Besar

Keyword
  • Geopolitik, konflik, pemimpin, rakyat, kerjasama politik

Abstract
  • Ketika pra PRU-14, parti politik di Terengganu telah menyatakan keyakinan masing-masing untuk berkuasa berdasarkan isu semasa, prestasi pemerintahan dan kepimpinan. Pada PRU-14, rakyat telah memilih untuk memberi peluang kepada PAS bagi menerajui Kerajaan Negeri Terengganu. Pasca PRU-14 memperlihatkan berlaku pula konflik antara UMNO dengan PAS di negeri tersebut. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Negeri Terengganu pada pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kepada analisis data keputusan PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa geopolitik atau kuasa pemerintahan berdasarkan senario pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14 di Terengganu bergantung kepada pengaruh kekuatan sokongan pengundi kepada parti politik, peranan dan kelantangan suara pimpinan utama dan isu semasa yang berlaku di negeri tersebut. Ketidakstabilan pemimpin Kerajaan BN dan isu-isu tempatan telah membuka ruang kepada PAS untuk memenangi hati rakyat Terengganu dalam PRU-14. Namun penolakan ini dilihat bukan kerana kekuatan PAS tetapi sebaliknya kelemahan BN menangani isu-isu yang timbul dalam masyarakat khususnya di Terengganu. Sementara itu, PH juga tidak dilihat dominan di mana-mana bahagian kecuali di Kemaman dan Kuala Terengganu. Pasca PRU-14 memperlihatkan PAS bekerjasama dengan UMNO sehingga membentuk Muafakat Nasional (MN) atas dasar kerjasama politik Melayu-Islam. Buat pertama kalinya di negeri ini, pembangkang dalam DUN yang bersifat mesra kerajaan. Namun konflik terbuka antara kepimpinan utama UMNO dengan PAS yang berkait dengan soal pembahagian peruntukan pembangunan dan pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum akan datang akan menjadi cabaran kepada kedua-dua parti politik tersebut untuk mempertahankan kerjasama politik secara berpanjangan dan konsisten.

Reference
  • 1. Abdul Hadi Awang. (2019). Islam Memimpin. Kuala Lumpur: Pejabat Presiden PAS.
    2. Abu Bakar Abdullah. (2012). Kerajaan PAS Terengganu 1999-2004: Dasar dan Perundangan. Kuala Lumpur: Jundi Resources.
    3. Alias Ali. (2004). Terengganu Parah di Bawah PAS. Kuala Terengganu: Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
    4. Astro Awani. (2021). Politik: UMNO Terengganu bertanding semua kerusi pada PRU15. https://www.youtube.com/watch?v=2gV0rTwTbsU. [23 April 2021].
    5. Awang Jabar. (2006). UMNO Terengganu Dalam Pilihan Raya Umum 2004: Analisis Faktor Dalaman dan Luaran Yang Mempengaruhi Kemenangan. Ijazah Sarjana, Program Sains Kemasyarakatan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
    6. Azmah Abd. Manaf. (2013). Perkembangan Politik Dan Kesannya Ke Atas Pembangunan Ekonomi Terengganu, Antara Tahun 1955 Hingga 1969. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy 40: (1) 133-154.
    7. Berita Harian. (2018). PH hanya pengacau di Terengganu - PAS. 6 Februari. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/385485/ph-hanya-pengacau-di-terengganu-pas. [23 Oktober 2020].
    8. Berita Harian. (2019). Terengganu terima royalti RM1.3 bilion tahun ini - MB. 16 Oktober. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/10/618411/bhplus. [23 Oktober 2020].
    9. Berita Harian. (2020a). PRU15: Majoriti kerusi di Kedah, Terengganu, Kelantan ditandingi PAS. 13 September. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/730922/pru15-majoriti-kerusi-di-kedah-terengganu-kelantan-ditandingi-pas. [23 Oktober 2020].
    10. Berita Harian. (2020b). BERSATU Terengganu intai dua Parlimen, lapan DUN. 21 September. https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/09/733633/bersatu-terengganu-intai dua-parlimen-lapan-dun. [23 Oktober 2020].
    11. Bernama. (2020). Bantuan COVID-19: 'Missing Link' antara ADUN UMNO dan MPKK - MB Terengganu. 17 April. https://bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1833118. [23 Oktober 2020].
    12. Buletin Online. (2017). PAS Terengganu Sedia Memerintah. 30 Julai. https://buletinonline.net/v7/index.php/pas-terengganu-sedia-memerintah/. [23 Oktober 2020].
    13. Free Malaysia Today. (2018). Invoke ramal PH tawan 5 negeri, PAS hilang semuanya. 10 Mac. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/10/invoke-ramal-ph-tawan-5-negeri-pas-hilang-semuanya/. [23 Oktober 2020].
    14. Hamdan Aziz. (2015). Pilihan Raya Umum Terengganu 1955-2013. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.
    15. Harakahdaily. (2020). Isu bantuan Covid-19, MB jumpa Ahmad Said. 17 April. https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/17/isu-bantuan-covid-19-mb-jumpa-ahmad-said-2/. [23 Oktober 2020].
    16. Ilyas Abdullah. (2020). Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu: Kajian Kes Pasca PRU Ke-10. Tesis Phd Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
    17. Ilyas Abdullah & Nurul Saadatun Nadiah Mohd Ngah. (2018). Dinamika Budaya Politik Melayu dalam Pilihan Raya Tahun 1999-2018: Terhentinya Dominasi BN di Terengganu. Sains Insani 3(2): 30-37.
    18. Ilyas Abdullah & Nurul Saadatun Nadiah Mohd Ngah. (2019). Perkembangan Awal Gerakan Sosio Politik Melayu Di Terengganu: Tinjauan Dari Aspek Persejarahan. Sains Insani 4(1): 68-76.
    19. Ilyas Abdullah, Jamaie Hamil & Sity Daud. (2018a). Budaya Politik Baru Pasca PRU KE-10: Analisis terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu di Terengganu. Sains Insani 3(1): 67-74.
    20. Ilyas Abdullah, Jamaie Hamil & Sity Daud. (2018b). Pendekatan Teori Pilihan Rasional: Analisis Terhadap Budaya Politik Melayu Terengganu. Sains Insani 3(1): 81-91.
    21. Ilyas Abdullah, Jamaie Hamil, Sity Daud & Nurul Saadatun Nadiah. (2018). The Transition of Malay Political Culture in Terengganu: From Feudal, NeoFeudal to New Politics. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 8(12): 2070-2081.
    22. Junaidi Awang Besar & Mazlan Ali. (2016). Kebangkitan PAS di Terengganu. Dlm. Muhamad Takiyuddin Ismail, Sity Daud (Editor). Pilihan Raya Umum Ke-13: Kesinambungan Politik Baharu, Kekentalan Politik Lama. Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
    23. Junaidi Awang Besar, Abdul Muein Abadi & Ahmad Afif Zulkipli. (2018). Gelombang Rakyat Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 2018 di Malaysia. Seminar Antarabangsa Ke-7, Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM 7, 2018). Tema: “Integrasi Nusa Maritim dan Penguat Jalinan Kebhinekaan Alam Melayu di Asia Tenggara. Tempat: Jayakarta, Lombok Beach Resort & Spa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Anjuran Bersama: Universitas Hasanuddin (UNHAS), Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia; Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universitas Islam Al-Azhar, Mataram, Indonesia. 28-29 Julai.
    24. Junaidi Awang Besar, Mazlan Ali, Mohd Faidz Mohd Zain & Ahmad Afif Zulkipli. (2016). Analisis Geografi Pilihan Raya Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Terengganu. 8th International Conference on Humanities and Social Sciences (ICHiSS) 2016. Theme: Innovation in Humanities and Social Sciences: Opportunities and Challenges” at The Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor, Malaysia. Organized By: Fakulty of Defence and Management Study, National Defence University of Malaysia (UPNM) and Prince Of Songkla University (PSU), Thailand. In The Royale Chulan Hotel, Damansara, Selangor. 27-29 May.
    25. Junaidi Awang Besar, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Amer Saifude Ghazali, Mazlan Ali, Nur Azuki Yusuff, Nasir Nayan & Siti Noranizahhafizah Boyman. (2020). Pilihan Raya Kecil (PRK) Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 Di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC) 5(19) (June 2020): 128-144.
    26. Junaidi Awang Besar. (2003). Politik Baru: Analisis Pilihan Raya Umum 1995 dan 1999 di Parlimen Kuala Terengganu. Latihan Ilmiah, Program Geografi, Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    27. Kamarul Yusoff. (2021). Kemelut Di Terengganu: Cerita Sebenar Dari Menteri Besar. 21 Mac. Facebook.
    28. Lotfi Ismail. (2003). Saf Pimpinan PAS Terengganu: Hadi PM Malaysia Ke-6?. Kota Bharu: Lotfi Ismail.
    29. Malaysia Dateline. (2020). Pelamin Umno-Pas bergoyang di Terengganu. 10 Julai. https://malaysiadateline.com/pelamin-umno-pas-bergoyang-di-terengganu/. [22 Oktober 2020].
    30. Malaysiakini. (2017). Misi mustahil AMANAH tawan Kelantan, Terengganu. 2 September. https://www.malaysiakini.com/news/393900. [22 Oktober 2020].
    31. Malaysiakini. (2018). PAS Terengganu yakin jadi kerajaan lepas 9 Mei. 3 Mei. https://www.malaysiakini.com/news/422857. [22 Oktober 2020].
    32. Malaysiakini. (2020a). Isu peruntukan Umno, PAS Terengganu selesai. 17 April. https://www.malaysiakini.com/news/521166. [22 Oktober 2020].
    33. Malaysiakini. (2020b). Agihan kerusi: Buktikan walak pada pemimpin - Naib presiden PAS. 19 Julai. https://www.malaysiakini.com/news/535149. Tarikh akses 23 Oktober 2020.
    34. Malaysiakini. (2020c). 'Saya tak ada pilihan, BN Terengganu tanding semua kerusi parlimen'. 28 Julai. https://www.malaysiakini.com/news/536409. [23 Oktober 2020].
    35. Malaysiakini. (2020d). Bersatu Terengganu akur PAS wajar dapat kerusi lebih. 25 September. https://www.malaysiakini.com/news/544002. [23 Oktober 2020].
    36. Malaysiakini. (2021). Ahmad cadangkan Umno, PAS bertembung di T'ganu, Kelantan dan Kedah. 27 Mac. https://www.malaysiakini.com/news/568367. [28 Mac 2021].
    37. Mazlan Ali. (2018). “Tsunami hijau Pantai Timur PRU-14: Gelombang PAS atau gelombang rakyat?”. Forum Pasca PRU14: Gelombang Rakyat. Aras 13, Menara SAAS UiTM Shah Alam. 3-5.30 petang. 8 Jun.
    38. MNT Press. (2021). Jika UMNO Terengganu bertanding, ibarat menempah maut. https://mymntnews.com/2021/04/20/jika-umno-terengganu-bertanding-ibarat-menempah-maut/. [23 April 2021].
    39. Mohammad Agus Yusoff. (2004). Politik Terengganu Selepas Pilihan Raya Umum 1999: Dari Royalti ke Wang Ehsan. Jebat 31: 87-107.
    40. Mohd Abu Bakar. (2014). Ahli Politik Perlu Berjiwa Besar. http://www.astroawani.com/berita-Malaysia/ahli-politik-perlu-berjiwa-besar- penganalisis-35911 [15 Oktober 2018].
    41. Mohd Azizuddin Mohd Sani. (2017). Dlm. Sinar Online. PRU14: Pembangkang Ada Peluang Rampas Terengganu http://www.sinarharian.com.my/politik/pru14-pembangkang-ada-peluang-rampas-terengganu-1.762041 [25 Oktober 2018].
    42. Mohd Firdaus Al Amry. (1992). Terengganu: Rahsia yang Terbongkar. Kuala Terengganu: Mahir Ent.
    43. Mohd Hasbie Muda. (2017). Politik Terengganu: Perkembangan dan Pergolakan. Malaysia: Megamind Leadership Consultancy.
    44. Sinar Harian. (2020a). Ahmad Said persoal agihan peruntukan bantuan Covid-19. 10 Ogos.https://www.sinarharian.com.my/article/96066/BERITA/Politik/Ahmad-Said-persoal-agihan-peruntukan-bantuan-Covid-19. [22 Oktober 2020].
    45. Sinar Harian. (2020b). Tidak wujud kerjasama Muafakat Nasional di Terengganu - Ahmad. 11 Ogos. https://www.sinarharian.com.my/article/96201/BERITA/Politik/Tidak-wujud-kerjasama-Muafakat-Nasional-di-Terengganu-Ahmad. [23 Oktober 2020].
    46. Sinar Harian. (2020c). Agihan kerusi PN belum muktamad. 22 Julai. https://www.sinarharian.com.my/article/93455/BERITA/Politik/Agihan-kerusi-PN-belum-muktamad. [22 Oktober 2020].
    47. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. (2013). Isu-Isu Politik, Ekonomi dan Kepimpinan: Terengganu Darul Runtuh. Kuala Lumpur: Penerbit HARAKAH.
    48. Tarmizi Mohd Jam. (1992). Terengganu Selepas Kelantan: Teori Domino 1994. Kuala Lumpur: Penerbitan FIS.
    49. Wan Zulkifli Wan Gati. (2018). Utusan Online. 2018. (Analisis) Riak Pergolakan Pakatan Harapan Terengganu. http://www.utusan.com.my/berita/politik/analisis-riak-pergolakan-pakatan- harapan-terengganu-1.620053 [25 Oktober 2018].
    50. Yahaya Ismail. (1990). Skandal Politik Wan Mokhtar di Terengganu. Kuala Lumpur: Dinamika Kreatif Sdn.Bhd.
    51. Zulkifli Sulong. (1994). Operasi Tawan Terengganu. Batu Caves, Selangor: Penerbitan Pemuda.