Aplikasi teknologi spatial dalam menambahbaik kemudahan pengangkutan bagi kegunaan pelancong sekitar Pulau Pinang
List of Authors
  • Azimah Abd Rahman , Muhammad Hafiz Tajidin

Keyword
  • Pelancongan, bas hop-on hop-off, Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Abstract
  • Pelbagai usaha telah dilakukan untuk merancakkan sektor pelancongan di Malaysia antaranya melalui kemudahan pengangkutan awam yang disediakan seperti kemudahan bas persiaran atau lebih dikenali sebagai bas hop on hop off yang kini telah mula beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kemudahan pengangkutan ini merupakan alternatif bagi memperkenalkan destinasi tarikan pelancongan utama secara santai dan menarik. Namun begitu, kemudahan bas ini masih kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelancong. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis kemudahan bas hop on hop off bagi menambahbaik sistem operasi sedia ada. Pendekatan analisis ruangan (spatial) menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) digunakan untuk tujuan analisis dan pemetaan. Analisis rangkaian (network analysis) digunakan dalam kajian ini bagi menentukan kesesuaian laluan dan peletakan stesen bas hop on hop off sedia ada. Hasil kajian ini menunjukkan kawasan pelancongan yang mudah diakses terutamanya menggunakan kenderaan awam seperti bas mendapat kunjungan tertinggi khususnya dari pelancong luar negara. Peletakan stesen bas hop on hop off yang mudah diakses oleh pelancong memberi manfaat yang besar kepada mereka. Namun begitu, analisis menunjukkan terdapat beberapa stesen bas yang memerlukan peletakan semula kerana kedudukan yang berhampiran antara satu sama lain. Terdapat beberapa stesen perlu diletakkan berhampiran kawasan pelancongan yang sebelum ini tidak termasuk dalam senarai laluan hop on hop off. Pindaan ini diperlukan bagi membolehkan kesemua kawasan pelancongan yang berpotensi dan menarik dapat dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara seterusnya memacu perkembangan pelancongan di Pulau Pinang khususnya.

Reference
  • 1. Ali, K. (2008). Analisis blAli, og sebagai media alternative penyebaran maklumat dalam industri pelancongan (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
    2. Baharum, S., Haron, S., Ishak, S. Z., & Mansor, S. (2019). Sustainable Urban Bus Service Assessment and Tourists’ Satisfaction. Int. J Sup. Chain. Mgt Vol, 8(3), 570.
    3. Bakar, R. A., Ahmad, H., Jusoh, H., Idris, M., & Razali, M. K. (2017). Mitos Dan Lagenda Tasik Chini Sebagai Produk Pelancongan. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1).
    4. Choy, E. A. (2017). Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong (Sustainable tourism development in Malacca: Tourists perspective). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 9(3).
    5. Cooper, C., & Wahab, S. (Eds.). (2005). Tourism in the Age of Globalisation. Routledge.
    6. Dirk, G. (2003). Crisis management in the tourism industry.
    7. Dzia-Uddin, D. N. D. U., & Zakaria, N. S. (2018). Kemudahan destinasi dan tarikan destinasi terhadap kepuasan pelancong asing di Georgetown, Pulau Pinang. Journal of Hospitality and Networks, 1(1), 12-17.
    8. Gebeyehu, M., & Takano, S. E. (2008). Demand responsive route design: GIS application to link downtowns with expansion areas. Journal of Public Transportation, 11(1), 3.
    9. Hidayat, A., Terabe, S., & Yaginuma, H. (2018). Determine Non-Passenger Data from WiFi Scanner Data (MAC Address), A Case Study: Romango Bus, Obuse, Nagano Prefecture, Japan. International Review for Spatial Planning and Sustainable Development, 6(3), 154-167.
    10. Hussin, R., & Kunjuraman, V. (2014). Pelancongan mapan berasaskan komuniti (CBT) melalui program homestay di Sabah, Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10(3), 160-174.
    11. Ibrahim, J. A., & Ahmad, M. Z. (2004). Perancangan dan pembangunan resort di kawasan persisiran pantai.
    12. Ibrahim, J. A., & Ahmad, M. Z. (2012). Perancangan dan Pembangunan Pelancongan (Edisi Kedua)(UUM Press). UUM Press.
    13. Ibrahim, W. S. W., Ahmad, H., & Jusoh, H. (2016). Kepuasan pelancong terhadap" servicescape" di pelancongan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). e-Bangi, 11, 1-22.
    14. Inskeep, E. (1996) Perancangan pelancongan: Pendekatan pembangunan bersepadu dan berkekalan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
    15. Ismail, I. K., Leh, O. L. H., & Zaki, Z. A. (2017). An evaluation of urban public transport route. Case study: Hop-on hop-off, Kuala Lumpur, Malaysia. Planning Malaysia, 15(2).
    16. Jovanović, V. (2016). The application of GIS and its components in tourism. Yugoslav Journal of Operations Research, 18(2).
    17. Maulud, K. N. A. (2006). Pembangunan sistem maklumat perjalanan pelancongan berasaskan sistem maklumat geografi (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
    18. Mohamed, S. N., & Rose, R. A. C. (2018). Potensi bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan warisan (The potential of Kuala Lipis as heritage tourism destination). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 14(1).
    19. Mustafa, S., Marzuki, M., Ramli, R. S., Mapjabil, J., Abidin, M. K. Z., & Yusoh, M. P. (2017). Pengurusan bandar warisan UNESCO dan penglibatan komuniti tempatan: Kajian kes di George Town, Pulau Pinang (Management of UNESCO heritage city and local community involvement: A case study of George Town, Penang). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(12).
    20. Noor, H. M., Zainol, R. M., Ling, N. G., Mapjabil, J., Ismail, R., Ab Rahman, B., & Kumalah, M. J. (2017). Faktor budaya dan bukan budaya dalam mempengaruhi lawatan ulangan: Kajian kes pelancong asing Pulau Pinang (Cultural and non-cultural factors influencing repeat visits: A case study of Penang’s foreign tourists). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(12).
    21. Page, S. (2007). Tourism management: Managing for change. Routledge.
    22. Rose, R. A. C., Nor, A. R. M., Zainol, R. M., Lyndon, N., Jali, M. F. M., Mutalib, M. H. A., ... & Ali, N. (2012). Mengungkap imej Pulau Pinang sebagai destinasi tarikan pelancong (Revealing the images of Penang as tourist attractions destination). Akademika, 82(3).
    23. Shyti, B., & Kushi, E. (2012). The impact of GIS application in the tourism development of Elbasan region. The Romanian Economic Journal, 15(45), 189-210.
    24. Tan, D., & Yeoh, W. (2014, 22 August 2014). Penang’s Growing Pains, The Star.
    25. Tiung, L. K., & Othman, S. S. (2010). Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia. Sosiohumanika, 3(2).
    26. Zakaria, J., & Hasbullah, N. A. (2007). Pelancongan rekreasi berasaskan cabaran dan biodiversiti: Isu dan konflik. In International conference of social and humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.