Aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dalam kalangan murid sekolah rendah
List of Authors
  • Denise Koh , Lim Siew Khim

Keyword
  • Aktiviti Fizikal, Kelakuan sedentari, Indeks Jisim Tubuh

Abstract
  • Aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari berperanan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan murid-murid terutamanya terhadap komposisi badan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dalam kalangan murid sekolah rendah dan hubungannya dengan komposisi badan. Murid-murid tahun 5 dan 6 dari 5 buah sekolah jenis kebangsaan cina di negeri Kelantan telah menyertai kajian ini. Kaedah penentuan sampel adalah menggunakan jadual penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970) dan menggunakan kaedah persampelan berstrata. Kelakuan aktiviti fizikal telah diukur dengan menggunakan borang soal selidik Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) yang telah diubahsuai dari segi bahasa dan aktiviti yang dilakukan. Kelakuan sedentari diukur dengan menggunakan Sedentary Behaviour Questionnaire(SBQ) yang diubahsuai dari segi bahasa. Seramai 200 orang murid (100 lelaki dan 100 perempuan) telah melengkapkan borang soal selidik. Dapatan menunjukkan bahawa tahap aktiviti fizikal adalah sederhana dengan skor min 2.65 manakala tahap aktiviti sedentari agak tinggi dengan skor min 3.59. Hanya separuh daripada murid-murid mempunyai berat badan normal (52.5%) dan 6.5% responden adalah kurang berat badan. Namun begitu, responden yang berlebihan berat badan adalah seramai 21% orang dan 20% responden bermasalah obesiti. Keputusan ujian Khi Kuaa Dua (Pearson Chi-Square) menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap aktiviti fizikal dan status BMI (x2 = 288.938, df = 72, p<0.05 dan terdapat juga perbezaan yang signifikan antara tahap kelakuan sedentari dan status BMI (x2 = 182.661, df = 9, p<0.05). Hasil analisis ujian t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap aktiviti fizikal dan kelakuan sedentari dengan murid lelaki dan murid perempuan dalam kalangan SJKC di negeri Kelantan(p>0.05). Justeru, murid-murid harus meningkatkan tahap kecergasan dan mempunyai kesedaran tentang kepentingan malakukan aktiviti fizikal khususnya kepada murid-murid sekolah rendah dalam membendung masalah obesiti.

Reference
  • 1. Ahmad Amirulhadi (2018). kelaziman lebihan berat badan dan obesiti di kalangan pelajar di sebuah sekolah rendah di Bandar Selayang, Selangor. Jurnal Seminar Antarabangsa Isu-is Pendidikan UKM. 978-967-2122-54-8.

    2. Azrina et.al (2017). Tahap Kecergasan Fizikal di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat. E-Proceeding of the 6th Global Summit on Education 2017.e-ISBN 978-967-0792-22-4.

    3. Dori E.Rosenberg, Gregory J. Norman, Nicole Wagner, Kevin Patrick, Karen J. Calfas & James F. Sallis (2010). Reality and validity of the Sedentary Behaviour Questionnaire(SBQ). Journal of Physical Activity and Health, 2010,7,697-705.

    4. Fogelholm, M., & Kukkonen-Harjula, K. (2000). Does physical activity prevent weight gain? A systematic review. Obesity Review, 1, 95-111.

    5. Giovanna, T., Marianna, G., Laura, M., Federica, C., & Stefania, S., (2008). Eating habits and behaviors, physical activity, nutritional and food safety knowledge and beliefs in an adolescent Italian Population. Journal of the American College of Nutrition, 27(1), 31-43.

    6. Hill, J. O., & Wyatt, H. R. (2005). Role of physical activity in preventing and treating obesity. Journal of Applied Physiology, 99(2), 765–770.

    7. Ismail, M.N. 2002. The nutrition and health transition in Malaysia. Public Health Nutrition 5(1A): 191-195.

    8. Kerlinger, F. N., dan Lee, H.B. 2000. Foundations of Behavioral Research (4th ed.).United States : Wadsworth Thomson Learning.

    9. Lekhraj Rampal et al.2017. Worldwide trends in body-mass index, underweight, overweight and obesity from 1975 to 2016. Medical Journal of Malaysia 59 (2), 207-211

    10. Malaysian Journal of Public Health Medicine (2016).7th International Public Health Conference: IR 4.0 & New Health Paradigm 28th-30th August 2015.2016:Volume 19(Suppl,1)

    11. National Health and Morbidity Survey III (NHMS II). 2016. Institute of Public Health,Ministry of Health Malaysia.

    12. Norimah Abdul Karim (2010). Messages of the Newly Proposed Malaysian Dietary Guidelines (MDG): Do Adults in Kuala Lumpur Understand Them?. Malaysian Journal of Nutrition 16(1) April 2010:113-123.

    13. Ravichandran (2000). Tinjauan masalah obesiti di kalangan murid thn enam sek ren di daerah minjung, perak Darul Ridzuan.

    14. Sizer, F. & Whitney, E. (2006). Nutrition concepts and controversies. United Stated : Thomson Wadworth

    15. Soo KL (2000). Prey Alens Dan Etiologi Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Cina Di Kota Bharu,Kelantan.

    16. Wee, E. (2013). Contemporary issues in the teaching of PE in Malaysia. Journal of Physical Activity, Sports, and Exercise 1: 17–20.

    17. World Health Organization (2011). Physical inactivity: A global public health problem. Available.