Kompetensi Guru Bukan Opsyen Sejarah dalam Pengajaran Subjek Sejarah
List of Authors
  • Ngan Ping Ping

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kekurangan guru dalam bidang tertentu menyebabkan wujudnya guru bukan opsyen yang mengajar subjek di luar bidang pengkhususan mereka. Guru bukan opsyen menghadapi pelbagai cabaran dan sering dipersalahkan apabila pencapaian murid dalam subjek yang diajar kurang memberangsangkan. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kompetensi guru bukan opsyen Sejarah dari aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran subjek Sejarah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapat maklumat tentang objektif kajian. Seramai 103 orang guru bukan opsyen Sejarah telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif untuk mendapat frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Data juga dianalisis secara inferensi bagi mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan kemahiran guru bukan opsyen Sejarah dalam pengajaran subjek Sejarah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru bukan opsyen Sejarah dari aspek pengetahuan dalam pengajaran subjek Sejarah berada pada tahap sederhana tinggi manakala kompetensi guru bukan opsyen Sejarah dari aspek kemahiran dalam pengajaran berada pada tahap tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kemahiran guru bukan opsyen Sejarah dalam pengajaran subjek Sejarah. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai panduan kepada pelbagai pihak yang berkaitan dalam usaha meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru bukan opsyen Sejarah supaya mencapai tahap yang boleh setanding dengan guru opsyen Sejarah.


Reference
  • No Data Recorded