Kesediaan Dan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Guru Di Sekolah Rendah
List of Authors
Anuar Ahmad, Nur Diana Sapardin, Shahlan Surat
Keyword
Guru Sekolah, Pentaksiran Bilik Darjah, Tahap Kesediaan, Tahap Pentaksiran
Abstract
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan bertujuan untuk memastikan pentaksiran menyeluruh dijalankan ke atas diri murid. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi menilai kesediaan dan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru sekolah rendah di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Terdapat tiga objektif pelaksanaan kajian ini iaitu mengenal pasti kesediaan guru, pelaksanaan PBD dan menentukan hubungan antara kesediaan dan pelaksanaan PBD guru sekolah rendah. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang guru sekolah rendah di daerah Rembau yang dipilih secara sistematik dari lima buah sekolah. Soal selidik diadaptasi daripada penyelidik kajian lepas yang mempunyai empat bahagian dengan nilai Alpha Cronbach 0.883. Analisis deskriptif digunakan untuk menunjukkan perangkaan deskriptif secara keseluruhannya dan mendapati tahap kesediaan guru melaksanakan PBD adalah tinggi di mana skor purata min (min=4.6877, s.p= .74449) dan pelaksanaan guru terhadap PBD juga tinggi dimana skor purata min (min= 4.2238,s.p=.98386). Ujian korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dan pelaksanaan PBD.Secara keseluruhannya, hasil dapatan menunjukkan kesediaan dan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru sekolah rendah adalah pada tahap yang tinggi. Sebanyak empat saranan telah diutarakan oleh pengkaji sebagai cadangan untuk memenuhi matlamat pelaksanaan PBD oleh para guru di sekolah rendah. Antara implikasi kajian ialah dapat menyumbangkan himpunan kajian yang berkaitan dengan pentaksiran khususnya yang berkaitan dengan kesediaan dan pelaksanaan PBD oleh guru di sekolah rendah. Dengan adanya dapatan kajian ini, mampu memberi pencerahan dan tindakan susulan yang boleh diambil bagi penambahbaikan sistem PBD sedia ada agar menjadi salah satu program pendidikan yang berkesan dan tidak merugikan mana-mana pihak yang terlibat.