Tahap pelaksanaan PDP subjek kemahiran hidup terhadap murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di PPKI sekolah rendah
List of Authors
  • Mohd Hanafi Mohd Yassin , Muhammad Azim Md Rahim

Keyword
  • Tahap pelaksanaan, kemahiran hidup, minat murid, kesediaan guru, pengetahuan guru

Abstract
  • Subjek kemahiran hidup asas adalah salah satu subjek yang penting untuk MBK mempelajari bermula di peringkat rendah lagi kerana subjek ini mampu untuk memberikan pendedahan tentang ilmu kemahiran-kemahiran asas seperti ilmu memasak, bercucuk tanam, menjahit dan menternak. Kemahiran-kemahiran yang diperolehi ini membolehkan MBK untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Satu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di PPKI sekolah rendah sekitar kawasan Daerah Johor Bahru. Aspek yang ingin dikaji untuk tahap pelaksanaan pdp ini ialah dari segi minat murid, kemahiran guru dan kesedian guru. Seramai 80 sampel daripada 170 populasi telah dipilih secara rawak dan mereka terdiri daripada guru pendidikan khas yang berkhidmat di PPKI sekolah rendah. Borang soal selidik berbentuk Google form yang telah diedarkan melalui dalam talian digunakan sebagai instrumen kajian. Perisian SPSS versi 23 digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Analisis statistik deskriptif ini dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga aspek iaitu minat murid, kemahiran guru dan kesedian guru terhadap tahap pelaksanaan Pdp subjek kemahiran hidup untuk MBK masalah pembelajaran adalah pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang mengajar subjek kemahiran hidup haruslah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan kesediaan yang rapi supaya dapat menarik minat MBK untuk belajar subjek kemahiran hidup disamping dapat memastikan sesi pdp dapat berjalan dengan lancar serta dapat memberi kesan yang baik kepada MBK.

Reference
  • 1. Abdul R. H., (2016). Kesediaan Pengetahuan Kemahiran dan Sikap Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Mengajar Kemahiran Hidup Pertanian. Universiti Kebangsaan Malaysia

    2. Ahmad, J. (2002) Pemupukan Budaya Penyelidikan Dikalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Ph.D. Thesis, Fakulti Pendidikan Universiti, Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    3. Airulliza. (2012). Pengaruh minat dalam amalan motivasi terhadap pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan empat. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    4. Amani Dahaman (2011). Penyelidikan Pendidikan. Tinjauan Literatur/Sorotan Kajian (April 2011)

    5. Hassan, Zainudin and Mohd. Yusof, Sanitah and Wahab, Sabilah (2006) Pengaplikasian kemahiran amali mata pelajaran kemahiran hidup di dalam kehidupan seharian pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah di Johor Bahru, Johor. In: Seminar PTV, Sofitel resort.

    6. Hassan, Z, et al.(2007). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

    7. Jabatan Pendidikan Khas (2004). Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

    8. Ja’apar, Faizah (2017) Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya Malaysia; Kementerian Pendidikan Malaysia. www.moe.gov.my

    10. Lokman.et al.(2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas.Jurnal Pendidik dan Pendidikan 24, 73-87.

    11. Mohd Fadli Mustafa Kamal, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar. 2016. Penggunaan Teknik Peneguhan Positif bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6

    12. Mohd. Majid Konting (1990), Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

    13. Mohd. Said, Mohd. Rizal and Arshad, Muallimah (2010) Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah , Daerah Kota Tinggi, Johor. . pp. 1-8.

    14. Mohd Syaubari Bin Othman* & Ahmad Yunus Bin Kassim (2016). Keberkesanan Permulaan Pengajaran Menerusi Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Di Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak. Online Journal Of Islamic Education October 2016, Vol. 4, Issue 2

    15. Norfadhilah N., (2014). Penilaian Pencapaian Objektif program pembudayaan keusahawanan (PPK) di Politeknik Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    16. Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas . 2009. Sejarah Pendidikan Khas Di Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan . Bangi. Fakulti Pendidikan UKM

    17. Nurul Farahah Derapa, Suziyani Mohamed (2018). Kesediaan Guru Pendidikan Khas dalam Melaksanakan Mata Pelajaran Asas Tanaman. Jurnal Ortopedagogia, Volume 4 Nomor 1 Juli: 66-71

    18. Schwartz, H. & Drager, K.D.R. 2008. Training and Knowledge in Autism Among Speech-Language Pathologists: A Survey. Language, Speech & Hearing Services in Schools 39(1):66-77.

    19. Siti Hawa Abdullah, Pendidikan Untuk OKU di Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.

    20. Shahrina H. & Siti H. M., (2010). Faktor penghalang penerapan ciri keusahawanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mengikut perspektif guru. Institutional Repository. UTM

    21. Yatim @ Mohd Yatim, R., & Idris, M. S. (2016). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Perniagaan Dan Keusahawanan Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Di Daerah Batu Pahat Dari Persepsi Pelajar. Online Journal for TVET Practitioners, 1(1) diambil dari https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4755