Persepsi Guru Luar Bandar Terhadap Penerapan Design Thinking Dalam Pendidikan STEM
List of Authors
  • Lai Shiet Ling

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Design Thinking adalah satu proses pembelajaran yang inovatif, berkolaborasi, dan pemecahan masalah. Pendekatan ini telah dikembangkan secara luas di luar negara tetapi masih kurang dilaksanakan di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru luar bandar terhadap penerapan Design Thinking dalam Pendidikan STEM dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelaksanaan pendekatan ini. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah kawasan luar bandar di Daerah Betong, Sarawak. Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan bantuan perisisan computer melalui program SPSS Versi 22. Statistik yang digunakan ialah statistic deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru sekolah luar bandar terhadap penerapan Design Thinking dalam pendidikan STEM berada pada tahap yang rendah. Masing-masing mencatat skor min 2.58 dan 2.60. Seterusnya, tahap sikap guru sekolah luar bandar pula berada pada tahap sederhana (skor min=3.37, sisihan piawai=0.52). Implikasi hasil kajian ini dapat memberi landasan kepada guru STEM untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri supaya mewujudkan PdPc yang kreativiti dan inovatif melalui pendekatan Design Thinking. Seterusnya dijadikan rujukan dan indikator bagi pihak KPM, JPN dan PPD untuk mengadakan latihan serta kursus kepada guru STEM. Beberapa cadangan diberi dalam kajian ini supaya dapat meningkatkan kualiti pendekatan Design Thinking dalam pendidikan STEM secara menyeluruh.


Reference
  • No Data Recorded