Tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan prasekolah kerajaan
List of Authors
  • Fionna Nott Anak Jerry , Suziyani Mohamed

Keyword
  • Kepuasan ibu bapa, Kualiti pendidikan, Prasekolah

Abstract
  • Di dalam pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini, ia adalah penting untuk memastikan para ibu bapa dan juga guru di sekolah berpuas hati dengan kualiti yang akan memberi impak kepada kanak-kanak. dengan kualiti yang terjamin, maka terbentuklah kanak-kanak yang mempunyai pendirian. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pandangan ibu bapa tentang kualiti pendidikan prasekolah di prasekolah kerajaan. Antara aspek yang ada pada kualiti prasekolah tersebut ialah persekitaran prasekolah, kualiti guru dan kemudahan dan kelengkapan infrastruktur.Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian tinjauan (survey) untuk mengkaji tahap kepuasan ibu bapa terhadap kualiti pendidikan kerajaan. Populasi kajian ini ialah kanak-kanak yang mendarftar di prasekolah kerajaan di daerah Kuching, Sarawak. Persampelan kajian ini ialah terdiri daripada ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di prasekolah kerajaan yang berumur di dalam lingkungan 4 ke 6 tahun yang melibatkan 3 buah prasekolah kerajaan. Instrumen kajian yang digunakan ialah kuantitatif. Ia dijalankan melalui borang soal selidik yang diedarkan. Prosedur pengumpulan data ini ialah dengan hanya menggunakan medium Whatsapp untuk berkomunikasi dengan pihak prasekolah untuk meminta kebenaran mengedarkan borang soal selidik kepada ibu bapa. Penganalisisan data kajian ini dengan penggunaan Statistical Package for Social Sciences, (SPSS). Statistik deskriptif digunakan untuk menunjukkan markah min dan peratus digunakan untuk menjelaskan latar belakang responden, soal selidik berkenaan dengan kualiti guru, kemudahan dan kelengkapan infrastruktur dan persekitaran prasekolah. Implikasi yang didapati di dalam kajian ini ialah pihak guru dan juga ibu bapa mengetahui kekurangan dan kelebihan prasekolah kerajaan dengan memperbaiki masalah yang dihadapi. Kesimpulannya, ibu bapa sangat berpuas hati dengan kualiti guru di dalam aspek cara pemakaian guru yang sopan dan menjadikan guru sebagai model kanak-kanak di prasekolah.

Reference
  • 1. Kurtulmus, Z. (2016). Analyzing parental involvement dimensions in early childhood education. Educational Research and Reviews, 11(12), 1149-1153.

    2. Araujo, M. C., Carneiro, P., Cruz-Aguayo, Y., & Schady, N. (2016). Teacher quality and learning outcomes in kindergarten. The Quarterly Journal of Economics, 131(3), 1415-1453.

    3. Aasen, W., & Sadownik, A. R. (2019). Does the New Kindergarten Teacher Education Program in Norway Provide Good Conditions for Professional Kindergarten Teachers?. Online Submission, 7, 1-7.

    4. SABO, H. M., & SPAN, R. Environmental education in the kindergarten, a need in the Romanian curriculum.

    5. Gravil, M. (2019). The Field Trip Project: Using Environmental Education to Bridge Science Learning Across Formal and Informal Kindergarten Settings.

    6. Rahmawaty, R. (2020). Environmental Education for Early Childhood Through Planting Activities in Khansa Kindergarten (TK Khansa) Medan. Journal of Saintech Transfer, 3(1), 21-32.

    7. Heggen, M. P. (2016). Education for sustainable development in Norway. In International research on education for sustainable development in early childhood (pp. 91-102). Springer, Cham.

    8. Madden, L., & Liang, J. (2017). Young children’s ideas about environment: Perspectives from three early childhood educational settings. Environmental Education Research, 23(8), 1055-1071.

    9. SANI, N. A., & YUNUS, F. (2018). Amalan Perancangan, Pelaksanaan dan Pentaksiran dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pranumerasi di Tadika Swasta (Planning, Implementation and Assessment Practices in the Teaching and Learning Process of Prenumeration in Private Kindergarten). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 43(02), 101-110.

    10. Hou Yin, T. (2018). TAHAP KEPUASAN IBU BAPA TERHADAP KUALITI PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI DAERAH MARAN, PAHANG. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 7, 83 – 100

    11. Abdullah, F., Ismail, K., & Omar, M. (2017). Model intervensi perkongsian pintar sekolah keluarga dalam pendidikan kanak-kanak. The Malaysian Journal of Social Administration, 11(1), 65-86.

    12. Masnan, A. H., Sharif, M. H. M., & Josin, E. H. (2018). Preschool Teachers’ Professionalism Through Developmentally Appropriate Practices (DAP) Curriculum. Journal of Social Science and Humanities, 1(5), 20-25.

    13. Qin, T. Y., & Nor, M. M. (2018). Exploring issues on teaching and learning in Malaysian Private Preschools. MOJEM: Malaysian Online Journal of Educational Management, 6(2), 67-82.

    14. Abdullah, M. N. L. Y., & Abdullah, A. C. (2018). Preschool teachers’ training and attitudes towards multicultural education in Malaysia. Southeast Asia Early Childhood Journal, 7, 1-13.

    15. Zulkifli, N., Hamzah, M. I., & Razak, K. A. (2020). Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher Education, 10(1), 77-94.

    16. Awang, M. M., Kutty, F. M., & Ahmad, A. R. (2014). Perceived Social Support and Well Being: First-Year Student Experience in University. International Education Studies, 7(13), 261-270.

    17. A.Santha. (2002). Penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid India Tahun 5 di SJK(T) Jasin, Melaka. Kertas projek yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

    18. Nxumalo, F. (2018). Stories for living on a damaged planet: Environmental education in a preschool classroom. Journal of Early Childhood Research, 16(2), 148-159.

    19. Türkoğlu, B. (2019). Opinions of Preschool Teachers and Pre-Service Teachers on Environmental Education and Environmental Awareness for Sustainable Development in the Preschool Period. Sustainability, 11(18), 4925.

    20. Güven, S., & Yılmaz, N. (2017). Role and importance of family at preschool children environmental education. European Journal of Sustainable Development, 6(4), 105-105.

    21. Mahat, H., Yusri, M. S., & Ngah, C. (2016). 3R practices among moe preschool pupils through the environmental education curriculum. In SHS Web of Conferences (Vol. 23, p. 04002). EDP Sciences.

    22. Muda, F. L., Ismail, A., Aziz, M. A. A., Abd Aziz, S., Sharom, N. Q., & Ramlan, S. R. (2018). Service Quality of Public Preschool Education in Malaysia: Perceptions of Parents: Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Prasekolah Kerajaan di Malaysia: Persepsi Ibu Bapa. Sains Insani, 3(3), 28-37.

    23. Xu, L., & Zhang, Y. (2019). Study on factors affecting preschool education service quality. Kybernetes.

    24. Muda, F. L., Ismail, A., Aziz, M. A. A., Abd Aziz, S., Sharom, N. Q., & Ramlan, S. R. (2018). Service Quality of Public Preschool Education in Malaysia: Perceptions of Parents: Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Prasekolah Kerajaan di Malaysia: Persepsi Ibu Bapa. Sains Insani, 3(3), 28-37.

    25. Betancur, L., Maldonado-Carreño, C., Votruba-Drzal, E., & Bernal, R. (2021). Measuring preschool quality in low-and middle-income countries: Validity of the ECERS-R in Colombia. Early Childhood Research Quarterly, 54, 86-98.

    26. Salsabila, U. H. (2018). Teori Ekologi BronfenBrenner sebagai Sebuah Pendekatan dalam Pengembangan Kurikulum Pendidikan Agama Islam. Journal Al-Manar, 7(1).

    27. Nordin, N., & Hassan, M. M. (2019). Kerangka Kaedah Kajian Penyelidikan: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen Prestasi Kerja. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(7), 111-121.