Prosedur terjemahan unsur budaya ekologi dalam al-Quran
List of Authors
  • Ahmad Jalaluddin Al-Islami Moh Shin , Muhammad Arsyad Abdul Majid , Norhazlina Husin

Keyword
  • Penterjemahan al-Quran, budaya ekologi, strategi penterjemahan

Abstract
  • Penterjemahan merupakan proses mentafsir sesuatu teks dan menghasilkan semula teks tersebut dari bahasa sumber ke bahasa sasaran. Sesuatu teks yang mengandungi unsur-unsur budaya pula memberi cabaran terbesar kepada penterjemah untuk menghasilkan terjemahan yang tepat. Ekologi yang merangkumi flora dan fauna merupakan unsur yang penting dalam sesebuah budaya. Oleh itu, unsur budaya ekologi dalam al-Quran perlu ditafsirkan dengan tepat dan jelas agar maksud sebenar dapat difahami dan dihayati oleh pembaca. Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan unsur budaya ekologi yang terdapat dalam al-Quran dan terjemahannya ke bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur budaya ekologi fauna yang terdapat dalam kedua-dua teks dan menganalisis prosedur terjemahan yang digunakan oleh penterjemah untuk menterjemah unsur budaya ekologi fauna tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Kategori unsur budaya oleh Newmark (1988) dan strategi terjemahan yang dikemukakan oleh Vinay dan Darbelnet (1995) digunakan dalam kajian ini. Sebanyak lapan sampel dipilih secara rawak untuk dianalisis. Kajian ini mendapati unsur budaya ekologi yang terdapat dalam al-Quran dapat diterjemahkan ke bahasa sasaran. Hasil kajian menunjukkan penterjemah menggunakan lima prosedur terjemahan iaitu prosedur literal, pinjaman, transposisi, persamaan dan penyesuaian. Penterjemah juga turut menggabung dua prosedur untuk menterjemahkan unsur budaya ekologi fauna iaitu prosedur literal dengan persamaan dan prosedur literal dengan transposisi. Dapatan kajian menunjukkan pemilihan prosedur tejemahan yang betul dapat membantu penterjemah memberi terjemahan yang tepat di samping dapat mengurangkan kesilapan semasa menterjemah.

Reference
  • 1. Abdullah Basmeih. (1990). Tafsir Pimpinan Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Ehwal Islam, JPM.
    2. Al-Quran Al-Karim. (n.d.).
    3. Aminoh, J. (2019). Penterjemahan istilah budaya dalam novel Arus ke dalam bahasa thai. Jurnal Dunia Pendidikan, 1(2), 19-35.
    4. Arnida, A. B., & Lubna, A. R. (2021). Penterjemahan makna unsur budaya dalam novel Arab "saacah baghdad: riwayah" ke dalam bahasa Inggeris melalui aplikasi e-tranlasi Google. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 69-79.
    5. Arnida, A. B., Lubna, & Sulhah. (2017). Unsur budaya dalam al-quran: tinjauan dari aspek klafisikasi dan terjemahannya. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke 16.
    6. Catford, J. C. (1965). A linguistic theory of translation. London: Oxford University Press.
    7. Cheah, P. Y., & Goh, S. S. (2020). Kebolehsampaian makna budaya kata nama khas dalam xi you ji (hikayat jelajah ke barat). e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 17(8), 32-50.
    8. Ika Suzainna, L., & Kamarudin, R. (2018). Penterjemahan unsur budaya dalam bahasa kiasan daripada lagu bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Jurnal Kesidang, 3, 1-8.
    9. Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu Edisi Ketiga. (2015). Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
    10. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
    11. Kamus Idris Al-Marbawi. (1350h). Mesir.
    12. Larson, M. L. (1998). Meaning-based translation. Maryland: University Press of America.
    13. Lisan al-'Arab. (1990). Beirut: Dar Sadir.
    14. Mazlan, A., Wan Rose Eliza, Abdul Rahman, & Anis Shahirah, Abdul Sukur. (2020). Analisis terjemahan perkataan budaya berkaitan makanan dan minuman dalam buku bergambar Bijak Si Katak Bijak ke bahasa Jepun. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 17-31.
    15. Mohd Shukri, H. (2003). Terjemahan al-Quran dalam pelbagai perspektif. Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
    16. Muhammad Arsyad, A. M. (2009). Terjemahan Arab-Melayu dari sudut makna pengkhususan: satu analisis pendepanan dalam surah al-Baqarah. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Malaya.
    17. Newmark, P. (1988). A Textbook Of Translation. New York: Prentice Hall.
    18. Nida, E. A. (1993). Language, culture and translation. Shanghai: Shanghai Foreign Language Education Press.
    19. Noor Eliza, A. R., Raja Hazirah, R. S., & Najihah, A. W. (2015). Penterjemahan unsur budaya dalam sari kata drama Flag of Truth. International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, (pp. 662-678).
    20. Norizah, A., Mirdiyana, Mohamad, Rozaimah, Rashidin, & Zuraidah, Jantan. (2011). Asas dan kemahiran menterjemah. Ampang: August Publication Sdn. Bhd.
    21. Oey Vella, V. W. (2016). The translation procedures of cultural expressions applied in "A game of thrones". LITE Journal, 12(2), 199-218.
    22. Puteri Roslina, A. W. (2012). Meneroka penterjemahan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    23. Tuan Nur Aisyah, T. A. (2019). Keserataan bahasa dan budaya dalam penterjemahan. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(3), 3-11.
    24. Venuti, L. (1998). The Sscandals of translation: towards an ethics of difference. London: Routledge.
    25. Vinay, J.-P., & Darbelnet, J. (1995). Comparative stylistcs of French and English. A methodology for translation. Amsterdam: John Benjamins Publishing Co.
    26. Zainur Rijal, A. R., & Rosni, S. (2007). Kesan bahasa Arab dalam peradaban melayu di Malaysia. Nilai: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia.