Penerokaan Sabab Nuzul Āyah Juzuk Al-Quran Ke-4 Dalam Tafsir Tarjuman Al-Mustafid Menurut Perspektif Genetik
List of Authors
  • Mohd Sholeh Sheh Yusuff

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Para ulama mentakrifkan peristiwa di sebalik penurunan ayat-ayat Al-Quran sebagai sabab nuzul āyah. Ilmu mengenai sabab nuzul āyah merupakan perkara penting yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam khususnya pelajar-pelajar al-Quran. Al-Fansuri, A. R. ketika menulis Tafsir Tarjuman al-Mustafid telah memasukkan data mengenai sabab nuzul āyah dalam mentafsirkan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun begitu, beliau tidak mengklasifikasi atau memberi petunjuk yang jelas tentang data-data sabab nuzul āyah dalam karya ini. Sungguhpun terdapat sabab nuzul āyah yang diisyaratkan olehnya. Namun, isyarat ini tidak menyeluruh dan mencakupi semua sabab nuzul āyah. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan meneroka dan mendedahkan data-data berkaitan sabab nuzul āyah tersebut yang terdapat dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid. Untuk mengenal pasti data, penyelidik menggunakan pendekatan genetik dalam kajian bandingan yang diperkenalkan oleh Goldman (1967). Kajian ini juga hanya tertumpu kepada juzuk al-Quran ke-4 dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid sebagai usaha awal ke arah memperhalusi isi kandungan karya Tafsir Tarjuman al-Mustafid dan seterusnya akan diperluas kepada juzuk-juzuk al-Quran yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 11 sabab nuzul āyah yang terdapat dalam juzuk al-Quran ke-4 dalam Tafsir Tarjuman al-Mustafid. Diharapkan pendedahan data-data sabab nuzul āyah ini dapat membantu masyarakat menambah input dan ilmu pengetahuan mengenai kandungan karya Tarjuman al-Mustafid.


Reference
  • No Data Recorded