Penerapan Kaedah Didik Hibur Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Luar Bandar
List of Authors
  • Tan Ching

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan 53 buah negara menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Di Malaysia, Bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid didapati berada pada tahap yang rendah terutamanya di luar bandar. Sehubungan itu, KPM memperkenalkan Highly Immersive Programme (HIP) untuk menambahbaik tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Kaedah didik hibur merupakan antara kaedah dalam HIP. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau penerapan kaedah didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap serta tahap penerapan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar. Kajian ini dilaksanakan dengan menerapkan Model Proses Pendidikan Bryant 1974 yang menekankan pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam pengajaran berkualiti. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik berskala likert sebagai instrumen pengumpulan data. Ia dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Sebanyak 29 buah sekolah luar bandar dan 103 orang sampel terlibat dalam kajian ini. Sebelum menjalankan kajian sebenar, pengkaji melaksanakan kajian rintis dengan melibatkan 14 orang guru Bahasa Inggeris. Kajian rintis dianalisis menggunakan nilai Cronbach Alpha. Nilai Cronbach Alpha soal selidik berada pada tahap sangat baik dan konsisten (alph=0.886). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Inggeris untuk menerapkan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris berada pada tahap sederhana manakala sikap guru berada pada tahap yang tinggi. Tahap penerapan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah luar bandar juga berada pada tahap sederhana. KPM, JPN dan PPD boleh mengendalikan bengkel dan kursus kepada guru Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penerapan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Cadangan kajian lanjutan adalah kesediaan guru Bahasa Inggeris bukan beropsyen untuk menerapkan didik hibur dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.


Reference
  • No Data Recorded