Kesihatan seksual dan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja berisiko
List of Authors
  • Nasrudin Subhi , Nur Alya Abdul Razak , Rozita Ibrahim

Keyword
  • kesihatan seksual, media sosial, remaja berisiko, B40, PPR

Abstract
  • Dalam zaman serba moden yang penuh pelbagai cabaran, isu kesihatan seksual dan penggunaan media sosial wajar dikaji terutama dalam kalangan remaja. Kepesatan dalam kemajuan media sosial berupaya membawa kesan kebaikan mahupun keburukan justeru ia bergantung kepada kebijaksanaan si pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesihatan seksual dan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja berisiko khususnya yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat/ Awam (PPR/ PPA) yang mempunyai program GENIUS Remaja. Kajian ini berbentuk kajian campuran menggabungkan kaedah kuantitatif menggunakan survei dan kaedah kualitatif menggunakan temu bual kumpulan berfokus. Bagi kajian kuantitatif seramai 84 orang remaja terlibat sebagai responden secara sukarela. Mereka merupakan individu yang terlibat menyertai program GENIUS Remaja di kawasan perumahan mereka. Sebanyak empat buat projek perumahan terlibat dalam kajian ini iaitu PPR Pantai Ria, PPR Seri Pantai, PPA Desa Rejang dan PPR Kampung Muhibbah. Responden diberikan satu set soal selidik yang terkandung aspek kesihatan seksual dan penggunaan media sosial. Bagi kajian kualitatif pula seramai lima orang responden telah dipilih berdasarkan markah terendah yang diperoleh menerusi keputusan servei yang dilakukan. Temu bual kumpulan berfokus ini mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit. Analisis kajian menggunakan kaedah deskriptif, inferensi (korelasi Pearson) dan juga analisis tema. Hasil kajian mendapati kedua isu ini iaitu kesihatan seksual dan penggunaan media sosial berada di tahap sederhana dan masih terkawal. Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang lemah tetapi signifikan (r = 0.355, p<0.01) di antara penggunaan media sosial dengan kesihatan seksual. Kesimpulannya isu kesihatan seksual dan juga penggunaan media sosial perlu terus dipantau dan diberi perhatian agar remaja berupaya bersifat asertif bagi menjamin kehidupan yang lebih sejahtera di masa akan datang.

Reference
  • 1. Akmar Hayati Ahmad Ghazali & Siti Zobidah Omar. (2015). Motivation in information searching through “mobile news’ by Malaysian youth. Journalism and Mass Communication, 5(6), 263-269.
    2. Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3, 77-101.
    3. Choudhary, I. R., & Saha, B. (2015). Impact of Facebook as a social networking site (SNS) on youth generations: A case study of Kolkata City. International Journal of Humanities and Social Science Invention, 4(6), 28-42.
    4. Coon, D. & Mitterer, J. O. (2012). Introduction to psychology: Active learning through modules. (12th ed.). Belmont, CA.: Wadsworth Cengage Learning.
    5. Creswell, J.W. (2012). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches. (3rd ed.). Thousand Oaks, California: Sage Publications, Inc.
    6. Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Azianura Hani Shaari, Nasrudin Subhi, Zaizul Ab Rahman, Shahrul Nazmi Sannusi & Mohd Nasir Selamat. (2017). Kesejahteraan diri remaja di kawasan perumahan rakyat di Malaysia. Laporan Akhir Penyelidikan PERKASA Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    7. Haja Mydin Abdul Kuthoos, Noraida Endut, Azman Azwan Azmawati, Intan Hashimah Mohd Hashim & Nor Hafizah Selamat. (2016). Penerokaan awal terhadap jenayah seksual dalam kalangan remaja lelaki di Malaysia: satu kajian kes terhadap remaja di sebuah pusat pemulihan. Kertas kerja 3rd KANITA Postgraduate International Conference on Gender Studies. Anjuran Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia, Penang, 16-17 November.
    8. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
    9. Miller, D., Costa, E., Haynes, N., McDonald, T., Nicolescu, R., Sinanan, J., Spyer, J., Venkatraman, S. & Xinyuan, W. (2016). How The World Changed Social Media, London: UCL Press.
    10. Nasrudin Subhi, Fauziah Ibrahim, Norulhuda Sarnon, Salina Nen, Azianura Hani Shaari, Mohd Nasir Selamat, Zaizul Ab Rahman, Shahrul Nazmi Sannusi & Daniella M Mokhtar. (2020). Sexual health among youth-at-risk in Kuala Lumpur. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24(4), 4310-4322.
    11. Nor Jumawaton, S., Mariani, M., Zainal, M., & Hanina, H. H. (2018). Hubungan pengaruh rakan sebaya, estim diri dan lokus kawalan dengan sikap terhadap tingkah laku seksual. Akademika, 88(2), 81-94.
    12. Schwartz, S. J. (2008). Self and identity in early adolescence: Some reflections and an introduction to the special issue. Journal of Early Adolescence, 28(1), 5-15.
    13. Shahjahan, A. T. M., & Chisty, K. U. (2014). Social media research and its effect on our society: World academy of science, engineering and technology. International Journal of Social, Behavioral, Educational, Economic, Business and Industrial Engineering, 8(6), 2009-2013.
    14. Shahrul Nazmi Sannusi, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari, Nasrudin Subhi. (2019). Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja B40 di sekitar Lembah Klang. Jurnal Komunikasi, 35(4), 101-118.
    15. Siti Syairah Mohd Mutalip & Ruzianisra Mohamed. (2012). Sexual education in Malaysia: accepted or rejected?. Iranian Journal of Public Health, 41(7), 34-39.
    16. Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini. (2016). Akhlak guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika, 86(2), 31-42.
    17. Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh media massa terhadap perubahan sosial masyarakat. Jurnal e-Bangi, 1(Special Issue, October), 214-226.
    18. Suhaniya Kalaisilven & Mohamad Fauzi Sukimi. (2019). Kawalan ibu bapa terhadap anak-anak dalam penggunaan media sosial. Akademika, 89(1), 111-124.
    19. Syed Ahmad Muhajir Alhaddad Syed Esa, Nurul Hudani Md Nawi & Agnis Sombuling. (2018). Excessive Smartphone Usage among Early Adolescents: Impact on Social Competence. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(2), 1-14.
    20. WHO. (2006). Defining sexual health: report of a technical consultation on sexual health. 28-31 January 2002, Geneva. Geneva: World Health Organization. http://www.who.int/reproductivehealth/topics/gender_rights/defining_sexual_health.pdf
    21. WHO. (2021). Sexual health: Overview. https://www.who.int/health-topics/sexual-health#tab=tab_1.