Permainan Atas Talian Jenis Multi-pemain dan Pola Tingkah Laku Remaja
List of Authors
  • Fatin Shahamah Samsuddin, Mohd Mahzan Awang

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • : Remaja hari ini sangat menyukai permainan elektronik, terutamanya permainan atas talian. Untuk mengisi masa lapang mereka, generasi moden lebih suka bermain dalam talian. Namun,permainan atas talian mampu mempengaruhi tingkah laku remaja.Maka, objektif kajian ini adalah untuk menentukan pola perubahan tingkah laku remaja dan penyertaan dalam permainan atas talian jenis multi-pemain. Borang soal selidik telah dibangunkan dan diedarkan secara dalam talian kepada murid sekolah menengah di seluruh Putrajaya untuk menjawab soalan kajian. Seramai 180 orang responden terlibat dalam kajian ini. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian bagi mengenal pasti penyertaan permainan atas talian jenis multi- pemain dalam kalangan remaja dan mengenal pasti pola perubahan tingkah laku remaja. Dapatan kajian mendapati penyertaan permainan atas talian jenis multi-pemain dalam kalangan remaja berada pada tahap tinggi iaitu (min=4.05,Sp=0.866) .Manakala terdapat perubahan pola tingkah laku remaja yang bermain permainan atas talian jenis multi-pemain iaitu pola tingkah laku agresif ( min=3.52, Sp=0.945) dan pasif (min=2.88, Sp=1.191)berada pada tahap sederhana tinggi ,manakala pola tingkah laku asertif (min=2.16, Sp=0.761)berada pada tahap normal. Oleh itu dapatan  kajian ini penting untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa , pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat intervensi agar golongan remaja dapat mengawal obses mereka terhadap permainan atas talian ke arah yang lebih bermanafaat.


Reference
  • No Data Recorded