Kesejahteraan psikologi dalam kalangan orang dewasa bujang dan berkahwin: satu kajian perbandingan
List of Authors
  • Siti Marziah Zakaria , Suzana Mohd Hoesni

Keyword
  • kesejahteraan psikologi, bujang, berkahwin, makna dalam kehidupan, kemurungan

Abstract
  • Kajian tentang kesejahteraan psikologi semakin mendapat perhatian terutamanya setelah bermulanya pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, kajian perbandingan kesejahteraan psikologi yang memfokuskan kepada orang bujang dan berkahwin masih kurang. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan kesejahteraan psikologi dalam kalangan orang dewasa bujang dan berkahwin di Lembah Klang. Kajian ini secara spesifiknya dijalankan dari bulan Disember 2019 dan berakhir pada Februari 2020 sebelum pandemik Covid-19 bermula. Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian yang lebih besar yang mengkaji tentang kerisauan terhadap kematian. Sejumlah 295 orang responden bujang dan berkahwin serta berumur di antara 20 tahun sehingga 67 tahun telah bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian survei dengan menggunakan soal selidik telah dijalankan. Soal selidik terdiri daripada set soalan tentang ciri latar belakang kajian, punca stres dan kesejahteraan psikologi (makna dalam kehidupan, kemurungan, kerisauan dan stres). Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang signifikan kesejahteraan psikologi (makna dalam kehidupan, kemurungan, kerisauan dan stres) antara individu bujang dan berkahwin. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa masalah kesihatan dilaporkan sebagai punca stres yang utama dan dituruti dengan masalah kewangan. Keputusan kajian menunjukkan kepentingan mengambil kira status perkahwinan dalam mendalami isu kesejahteraan psikologi pada masa akan datang. Hasil daripada itu, kajian pada masa akan datang perlu memfokuskan kepada mengkaji aspek dinamik psikologi dalam proses perhubungan rapat seperti perkahwinan yang membawa kepada kesejahteraan psikologi seseorang individu. Selain aspek psikologikal, kesihatan dan kewangan merupakan dua aspek latarbelakang yang dilaporkan terpenting dalam membantu seseorang individu mencapai kesejahteraan psikologi yang optimum dalam menghadapi kehidupan yang sejahtera.

Reference
  • 1. Aneshensel, C. S., & Mitchell, U. A. (2014). The stress process: Its origins, evolution, and future. In R. J. Johnson, R. J. Turner, & B. G. Link (Eds.), Springer briefs in sociology. Sociology of mental health: Selected topics from forty years, 1970s-2010s (p. 53–74). Springer Science + Business Media. https://doi.org/10.1007/978-3-319-07797-0_3.
    2. Brown, S. L., & Shinohara, S. K. (2013). Dating relationships in older adulthood: A national portrait. Journal of Marriage and Family, 75(5), 1194-1202.
    3. Chapman, B., & Guven, C. (2016). Revisiting the relationship between marriage and wellbeing: Does marriage quality matter?. Journal of Happiness Studies, 17(2), 533-551.
    4. Haring-Hidore, M., Stock, W. A., Okun, M. A., & Witter, R. A. (1985). Marital status and subjective well-being: A research synthesis. Journal of Marriage and the Family, 947-953.
    5. Hsu, T. L., & Barrett, A. E. (2020). The Association between Marital Status and Psychological Well-being: Variation across Negative and Positive Dimensions. Journal of Family Issues, 41(11), 2179–2202. https://doi.org/10.1177/0192513X20910184.
    6. Kim, H. K., & McKenry, P. C. (2002). The relationship between marriage and psychological well-being: A longitudinal analysis. Journal of family Issues, 23(8), 885-911.
    7. Kislev, E. (2018). Happiness, post-materialist values, and the unmarried. Journal of happiness Studies, 19(8), 2243-2265.
    8. Lawrence, E. M., Rogers, R. G., Zajacova, A., & Wadsworth, T. (2019). Marital happiness, marital status, health, and longevity. Journal of Happiness Studies, 20(5), 1539-1561.
    9. Marks, N. F. (1996). Flying solo at midlife: Gender, marital status, and psychological well-being. Journal of Marriage and the Family, 917-932.
    10. Moghadam, M., Rezaei, F., Ghaderi, E., & Rostamian, N. (2016). Relationship between attachment styles and happiness in medical students. Journal of family medicine and primary care, 5(3), 593.
    11. Pearlin, L. I., Menaghan, E. G., Lieberman, M. A., & Mullan, J. T. (1981). The stress process. Journal of Health and Social behavior, 22(4), 337-356.
    12. Reneflot, A., & Mamelund, S. E. (2012). The association between marital status and psychological well-being in Norway. European sociological review, 28(3), 355-365.
    13. Terman, L. M. (1939). The Effect of Happiness or Unhappiness on Self-Report Regarding Attitudes, Reaction Patterns, and Facts of Personal History. Psychological Bulletin, 36(3), 197–202. https://doi.org/10.1037/h0053247.
    14. Thomas, P. A., Liu, H., & Umberson, D. (2017). Family relationships and well-being. Innovation in aging, 1(3), 1-11.
    15. Wright, M. R., & Brown, S. L. (2017). Psychological well‐being among older adults: The role of partnership status. Journal of Marriage and Family, 79(3), 833-849.