Penerapan Elemen Pengurusan Dalam Pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
List of Authors
  • Aniss Tanisha

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa elemen  pengurusan dalam pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur serta menganalisis prinsip pengurusan dalam pembelajaran Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur berdasarkan Teori Konstruktivisme. Kaedah penyelidikan secara kualitatif telah digunakan umtuk pelaksanaan kajian ini. Pemilihan subjek kajian adalah 5 orang pelajar tingkatan 6 yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif di dua buah sekolah yang berlainan dalam daerah Bachok, Kelantan. Antara instrumen kajian yang digunakan adalah penyelidikan secara temubual. Hasil kajian menunjukkan kerelevanan penerapan aspek pengurusan dalam konteks pembelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif serta bagaimana silang ilmu antara aspek pengurusan dan subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang dilihat melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kesimpulannya, pelajar tidak hanya diterapkan dengan pembelajaran secara berfokus terhadap satu aspek sahaja, dengan penerapan pelbagai unsur seperti pengurusan di dalam subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini mampu mengubah persepsi pelajar sendiri terhadap subjek yang dipelajari. Kesimpulannya, penerapan elemen pengurusan di dalam matapelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif secara tidak langsung telah mengangkat nilai komersial subjek tersebut.


Reference
  • No Data Recorded