Kehamilan luar nikah dan reaksi keluarga: pengalaman ibu tanpa nikah yang tinggal di rumah perlindungan
List of Authors
  • Chong Sheau Tsuey , Nor Jana Saim , Norulhuda Sarnon@Kusenin

Keyword
  • ibu tanpa nikah, rumah perlindungan, kehamilan luar nikah, keluarga, Malaysia.

Abstract
  • Di Malaysia, topik kehamilan luar nikah masih dianggap taboo dan dipercayai sebagai tingkah laku tidak bermoral. Ini adalah kerana, kehamilan luar nikah boleh memberi malu kepada diri dan keluarga, justeru keluarga cenderung menghantar mereka ke rumah perlindungan untuk menyembunyikan kehamilan dari orang lain. Makalah ini bertujuan untuk meneroka situasi yang menyebabkan kehamilan luar nikah dan reaksi keluarga dalam kalangan ibu tanpa nikah yang tinggal di rumah perlindungan. Analisis data dibuat berdasarkan temu bual dengan 31 informan yang dipilih melalui persampelan bertujuan. Verbatim temubual dianalisis menggunakan pendekatan fenomenologi Cresswell dengan dipengaruhi oleh pengekodan terbuka dan axial. Di samping itu, ia melibatkan gabungan dan padanan antara pengekodan deskriptif, emosi dan nilai. Hasil analisis menunjukkan terdapat empat jenis situasi yang menyebabkan kehamilan luar nikah iaitu diperkosa, didera secara seksual, janji palsu dan cinta. Manakala terdapat tiga cara keluarga untuk mengetahui kehamilan; tiada pengantara, profesional dan orang luar. Reaksi keluarga pula berbeza-beza; membuat laporan polis, menerima kehamilan dan tidak merancang untuk menikahkan ibu tanpa nikah, mengahwinkan ibu tanpa nikah segera, sedih, mendera dan pengasingan. Sebilangan keluarga terus memberi sokongan kepada ibu yang belum berkahwin melalui panggilan telefon, mengunjungi dan menghantar barang makanan dan keperluan harian. Manakala beberapa keluarga enggan memberikan sokongan sama sekali. Penemuan ini sangat penting bagi keluarga dan profesion menolong seperti pekerja sosial untuk memperbaiki intervensi bagi memenuhi keperluan ibu tanpa nikah.

Reference
  • 1. Abd Ghadur, S., & Abdul Kadir, N. B. (2009). Hubungan romantik dan remaja hamil luar
    2. Akta Pusat Jagaan (1993): Pindaan sehingga 1 Jun 2006. Percetakan Nasional Malaysia Bhd, Undang-undang Malaysia.
    3. Azizi, Y. (2010). Permasalah sosial di kalangan remaja: Satu cabaran. Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu. Retrieved from http://eprints.utm.my/10444/1/Permasalah_ Sosial_di_kalangan_Remaja.pdf.
    4. Badiah, Y., & Mohd Jamil, B. H. (2006). Infanticide. Malaysian Journal of Psychiatry, 15(2), 3-10.
    5. Bidin, M. S. S., & Shaffie, F. (2019). Voluntary Sex, Rape and Incest among Unmarried Pregnant Female Adolescents in Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial Jilid, 22, 52.
    6. Butt, L., & Munro, J. (2007). Rebel girls? Unplanned pregnancy and colonialism in Highlands Papua, Indonesia. Culture, Health and Sexuality, 9(6), 585-598.
    7. Creswell, J. W., & Clark, V. L. P. (2007). Designing and conducting mixed methods research. Thousand Oaks Sage Publication.
    8. Fatimah, A. (2009, June). Kes ibu tanpa nikah di Selangor berdasarkan rekod di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seminar Mencegah Gejala Sosial Negeri Selangor, Selangor.
    9. Gagné, N. O. (2012). Tough Choices: Bearing an illegitimate child in contemporary Japan. Social Science Japan Journal, Volume 15, Issue 1, Winter 2012, Pages 143–146,
    10. https://doi.org/10.1093/ssjj/jyr035.
    11. Jin, A. H., Oh, H. E., & Kim, J. S. (2007). A study on the relationship between social support, health promoting behaviors and depression among unmarried pregnant women (in Korean) Abstract]. Korean Journal of Women Health Nursing, 13(2), 123-130.
    12. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (2021). Dar Saadah. https://www.maiwp.gov.my/i/ index.php/en/2017-05-17-03-13-06/dar-assadah.
    13. Medina, B. T. G. (2001). The Filipino family. (2nd ed.). Quezon City, Philippines: University of the Philippines Press.
    14. Mohd Awal, N. A. (2009). Rights of illegitimate children in Malaysia. In B. Atkin (Ed.), International Survey of Family Law,2009 Edition. London: Jordan Publishing Ltd.
    15. Fadhilah, N. (2020). Kecenderungan Perilaku Seksual Beresiko Dikalangan Mahasiswa: Kajian atas Sexual Attitude dan Gender Attitude. Marwah: Jurnal Perempuan, Agama dan Jender, 19(2), 171-189.
    16. Rahman, N. A. A. (2009). Teenage Marriage in the Malay/Muslim Community of Singapore: Problems, Perceptions and Programmes. Asian Journal of Social Science, 37(5), 738-756.
    17. Ruzy Suliza, H. (2006). Meniti duri dan ranjau: Pembikinan gender dan seksualiti dalam konteks dunia Melayu. SARI 24: 15-34.
    18. Piyanart Sa-ngiamsak. (2016). The Life Experiences of Unmarried Teenage Mothers in Thailand. Doctoral thesis. School of Nursing, Midwifery and Social Work. The University of Queensland.
    19. Saim, N. J. (2013). Social support, coping, resilience and mental health in Malaysian unwed young pregnant women and young mothers: Their experiences while living in a shelter home (Doctoral dissertation) Umeå Universitet.