Tahap Kemahiran Berfikir Dikalangan Pelajar Tahap 2 Sekolah Antarabangsa di Lembah Klang
List of Authors
  • Shahlan Surat, Siti Hajar Khadhijah Yaakob

Keyword
  • pemikiran kritis, pelajar sekolah antarabangsa, gaya pemikiran, faktor demografi, pendidikan abad ke-21

Abstract
  • Kemahiran berfikir secara kritis merupakan elemen utama dalam pendidikan abad ke-21 yang menekankan keupayaan pelajar untuk menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah secara rasional dan sistematik. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar sekolah antarabangsa di Lembah Klang serta mengenal pasti faktor-faktor demografi yang mempengaruhinya seperti jantina, umur, latar belakang geografi, dan prestasi akademik. Menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik Yanpiaw Creative-Critical Thinking Styles, seramai 25 orang pelajar tahap dua dari Sekolah Antarabangsa Sunway telah dipilih sebagai sampel kajian. Analisis data dilakukan menggunakan statistik deskriptif dan inferens (ujian-t, ANOVA, dan korelasi Pearson) untuk mengenal pasti perbezaan dan hubungan antara pembolehubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan wujud variasi tahap pemikiran kritis dalam kalangan pelajar, dengan faktor jantina dan prestasi akademik memainkan peranan signifikan. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran lebih tertumpu kepada penerapan elemen pemikiran kritis secara berstruktur, disamping menyesuaikan strategi pengajaran dengan latar belakang pelajar yang pelbagai. Hasil kajian ini diharap dapat membantu institusi pendidikan merangka kurikulum yang lebih menyeluruh dan inklusif dalam membina generasi pelajar yang berdaya saing dan berfikiran kritis.

Reference
  • No Data Recorded