AGD SYSTEM – INOVASI PENGESAN KEBOCORAN GAS MELALUI SENSOR MQ-2
List of Authors
  • Aishah Mahat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Seperti yang kita lihat melalui akhbar dan media elektronik, kerap berlakunya kes letupan yang berpunca daripada gas petroleum cecair. Banyak kerugian yang terpaksa dihadapi ekoran oleh kemalangan itu, baik dari kerosakan bahan malah boleh mencederakan sehingga membawa kepada kematian. Oleh itu, sebuah sistem bagi mengatasi masalah kes kebocoran gas ini telah dicipta bagi menjamin keselamatan masyarakat dan juga alam sekitar.Satu idea inovasi yang dikenali sebagai Automatic Gas Detection Equipment System atau nama singkatannya adalah AGD System telah direka khas untuk mengatasi masalah kebocoran gas pada peringkat awal. AGD System berfungsi dengan mengeluarkan isyarat bunyi dan memancarkan lampu berwarna merah sebagai amaran berlakunya kebocoran gas dalam sesebuah ruang bangunan. AGD System merupakan sebuah sistem yang berfungsi bagi mengesan kebocoran gas dalam sesebuah ruang pada peringkat awal sebelum berlakunya kebakaran. Ianya boleh diletakkan berhampiran dengan tong gas atau mana-mana tempat penyimpanan gas supaya dapat dikesan awal sekiranya berlakunya kebocoran gas. Selain itu ia amat mudah untuk dipasang serta tidak memerlukan voltan penggunaan yang tinggi untuk beroperasi. Dewasa kini, hampir sebahagian bangunan kurang diberi penekanan tentang aspek keselamatan sehingga boleh kehilangan nyawa, maka dengan terciptanya AGD System ini dapat membantu mengesan kebocoran gas pada peringkat awal di sesebuah ruang di dalam bangunan tersebut. Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang berada di kawasan perumahan, restoran, makmal ujikaji dan kilang perindustrian. Ini kerana skop aplikasi sistem ini boleh diubahsuai mengikut kriteria yang diperlukan terutama sekiranya penggunaan sistem itu diletakkan di makmal ujikaji dan kilang perindustrian. AGD System wajar dikomersialkan kerana ianya dapat memberi manfaat dan impak positif dari aspek penggunaan kepada masyarakat secara keseluruhannya.


Reference
  • No Data Recorded