Pendekatan Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu bagi Murid Sindrom Down
List of Authors
  • Che Saifull Irwan Che Hussin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pendekatan kaedah pengajaran yang dilaksanakan serta menentukan kaedah pengajaran yang menjadi pilihan dan digemari oleh murid di salah sebuah Rumah Persatuan Sindrom Down di Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengajaran iaitu nyanyian, kinestetik dan verbal linguistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam pengumpulan data. Seramai 23 orang peserta telah dijadikan sebagai peserta kajian. Instrumen borang maklum balas terhadap kaedah pengajaran telah digunapakai sebagai alat pengumpulan data. Pelaksanaan aktiviti yang menggunakan ketiga-tiga kaedah pengajaran menunjukkan murid lebih menguasai dalam kaedah nyanyian. Walaupun begitu, murid masih menunjukkan penguasaan yang baik dalam kaedah kinestetik dan verbal linguistik. Oleh itu, murid perlu didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya penguasaan bahasa dalam proses pembelajaran tidak terbatas. Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab untuk mengenal latar belakang peribadi, minat dan kecenderungan murid ketika di dalam kelas. Kepelbagaian bahan dan kreativiti guru menjadi asas ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 


Reference
  • No Data Recorded