Sikap Kanak-Kanak Prasekolah Terhadap Murid Berkeperluan Khas: Persepsi Guru
List of Authors
  • Allanty Nyabai, Kamariah Bakar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk melihat sikap murid prasekolah terhadap murid berkeperluan khas di dalam dan luar kelas sekolah berdasarkan persepsi guru. Memahami sikap murid prasekolah terhadap murid berkeperluan khas ini akan membantu guru untuk memahami dan meneroka sikap murid prasekolah dan sikap murid berkeperluan khas apabila bersama dalam sebuah kelas. Sampel kajian melibatkan responden sebanyak n=60 orang guru yang mengajar di kelas yang melibatkan kelas Pendidikan Khas Intergrasi di Bahagian Sibu dan Bahagian Mukah, Sarawak dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik menggunakan aplikasi google form. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 29.0 dan dalam bentuk statistik deskritif dan inferensi min, kekerapan dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati min terhadap penerimaan sikap murid prasekolah pada tahap tinggi iaitu sikap kekerapan keseluruhan (min=2.65,sp=0.50). Secara keseluruhan, dapatan kajian ini telah menyokong bahawa murid prasekolahan menunjukkan sikap yang positif apabila bersama dengan MBK dalam kelas.


Reference
  • No Data Recorded