Hubungan antara sumber tekanan dan tahap tekanan psikologi dalam kalangan kakitangan pejabat kesihatan daerah Sepang sepanjang pandemik covid-19
List of Authors
  • Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor , Mohd Ferdaus Mat Lazin , Nur Hidayah Muhamad Saleh

Keyword
  • petugas kesihatan, pandemik COVID-19, tekanan, beban kerja, pengurusan masa

Abstract
  • Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan impak yang cukup besar, bukan sahaja dari aspek ekonomi dan gaya hidup, malah kesejahteraan mental juga. Menjadi petugas barisan hadapan, petugas-petugas kesihatan merupakan golongan yang cukup terkesan dengan wabak ini, terutamanya dari segi kesihatan mental mereka. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor tekanan dan tahap tekanan yang dialami oleh petugas kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Sepang sepanjang berlakunya wabak COVID-19. Seramai 94 orang responden telah terlibat dalam kajian ini melalui kaedah persampelan bukan kebarangkalian. Faktor tekanan dinilai dari dua komponen, iaitu faktor beban kerja dan faktor pengurusan masa. Analisis data mendapati min tekanan disebabkan bebanan kerja (min=3.6902) adalah lebih tinggi berbanding faktor pengurusan masa (min=3.5436). Paras tekanan para petugas kesihatan pula berada pada tahap sederhana (min=3.1489). Hasil analisis korelasi mendapati tiada hubungan signifikan antara faktor beban kerja dengan tahap tekanan (p= 0.769) dan faktor pengurusan masa dengan tahap tekanan (p= 0.530). Dapatan yang tidak signifikan ini boleh disumbangkan beberapa faktor, antaranya jumlah responden yang kurang. Kajian akan datang disarankan untuk dijalankan dengan skala persampelan yang lebih besar bagi meningkatkan tahap ketepatan hasil kajian.

Reference
  • 1. Aisha, N. F. & Ruslan R. (2012). Faktor -Faktor Tekanan Kerja Yang Mempengaruhi Keseimbangan Kehidupan Kerja Dalam Kalangan Jururawat. Research in Management of Technology and Business, 1(1), 381–390. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Publisher.
    2. Almeida, D. M., Wethington E., Kessler R. C. (2002). The daily inventory of stressful events: an interview-based approach for measuring daily stressors. Assessment, 9(1), 41-55.
    3. Alrawashdeh, H. M., Al-Tammemi, A. B., Alzawahreh, M. K., Al-Tamimi, A., Elkholy, M., Al Sarireh, F., Abusamak, M., Elehamer, N., Malkawi, A., Al-Dolat, W., Abu-Ismail, L., Al-Far, A., & Ghoul, I. (2021). Occupational burnout and job satisfaction among physicians in times of COVID-19 crisis: a convergent parallel mixed-method study. BMC public health, 21(1), 811.
    4. Bernama. (2019). Beban perkhidmatan kesihatan meningkat. Utusan Borneo, Nasional. https://www.utusanborneo.com.my/2019/11/14/beban-perkhidmatan-kesihatan-meningkat
    5. Chaudhry, A. A., Muhammad Imran Malik, Iqbal Ahmad. (2011). Examining the Relationship of Work-Life Conflict and Employee Performance (A Case from NADRA Pakistan), International Journal of Business and Management, 6(10).
    6. Claessens, B. J., Van Eerde, W., Rutte, C. G., & Roe, R. A. (2007). A review of the time management literature. Personnel review, 36(2), 255-276.
    7. Divakar, J. (2015). Factors leading to work stress and its impact on employee performance. A case study of Reliance Fresh, India. Doctoral dissertation. Dublin Business School).
    8. Elshaer, N. S. M., Moustafa, M. S. A., Aiad, M. W., & Ramadan, M. I. E. (2018). Job Stress and Burnout Syndrome among Critical Care Healthcare Workers. Alexandria Journal of Medicine, 54(3), 273–277.
    9. Fiabane, E., Giorgi, I., Sguazzin, C., & Argentero, P. (2013). Work engagement and occupational stress in nurses and other healthcare workers: the role of organisational and personal factors. Journal of Clinical Nursing, 22(17-18), 2614–2624.
    10. Gahlann, V.S. (2014) The Effect of Role Overload and Role Ambiguity on Job Performance of IT Professionals in India, The IUP Journal of Management Research, XIII(3), 37- 49.
    11. Ira Pracinasari. (2013). Beban Kerja Fisik Vs Beban Kerja Mental. Universitas Sebelas Maret, Surakarta.
    12. Kopper. (2002). Ko-kaunselor pemimpin pelajar. Yayasan Nurul Yakin:Portal Pendidikan Utusan. http://www.tutor.com.my/tutor/kopper/index. asp [21 Julai 2011].
    13. Lauzan, G. (1964). Sigmund Freud: The Man and His Theory. (Terjemahan oleh Patrick Evan). Greenwich, Connecticut: Fawcett Publication Inc.
    14. Lazarus, R. S. (1966). Psychological stress and the coping process. McGraw- Hill.
    15. Masturah, M, Nasrul A. A., Ahmad K. A., Dzuraidah A. W., Hafizah H. & Nur F. L. R.. (2011). Pengukuran Jam Notional Pensyarah Dalam Meningkatkan Prestasi Ahli Akademik Universiti Penyelidikan. Seminar Education Engineering & Built Environment (PeKA 2011), Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia.
    16. Mohamad, N .I., Ismail, A., Rozi, M. S. A. & Ahmad, S., (2015). Tekanan Kerja dan Perkaitannya dengan Kesihatan Pekerja: Kajian Empirikal Sebuah Kontinjen Polis di Semenanjung Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 10, 63-75.
    17. Mojoyinola, J.K. (2008). Effects of job stress on health, personal and work behavior of nurses in public hospitals in Ibadan Metropolis, Nigeria. Studies on Etho Medicine 2(2), 143- 148
    18. Mohd Kamel. (2011). Longitudinal effects of role stressors on strain: a comparison between three competing analytical approaches. International Journal of Economics and Management, 5(1), 98-113.
    19. Mahl, G. F. (1971). Psychological conflict and defense. Harcourt Brace Jovanovich.
    20. Misra, R. & McKean, M. (2000). College students academic stress and its relationship to their anxiety, time management and leisure satisfaction. American Journal of Health Studies, 16, 41-52.
    21. Noraini, M. (2015). Tekanan Kerja dalam Kalangan Guru: Kajian di Sebuah sekolah Menengah Daerah Kluang Johor Darul Takzim. Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
    22. Nonis, S. A., Hudson, G. I., Logan, L. B. & Ford, C. W. (1998). Influence of perceived control over time on college students’ stress and stress-related utcomes. Research in Higher Education, 39(5), 587-604
    23. Qureshi, M. I., Iftikhar, M., Abbas, S. G., Hassan, U., Khan, K., & Zaman, K. (2013). Relationship between job stress, workload, environment and employees turnover intentions: What we know, what should we know. World Applied Sciences Journal, 23(6), 764-77.
    24. Rahman, Z., Siddiqui, M. N., Khatun, M. A. & Kamruzzaman, M. (2013). Effect of Guava (Psidium guajava) leaf meal on production performances and antimicrobial sensitivity in commercial broiler. J. Natural Products, 6, 177-187.
    25. Rohany Nasir & Fatimah Omar. (2006). Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi Kajian tekanan kerja dan kesihatan pekerja. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
    26. Roslan, N. S., Yusoff, M., Razak, A. A., & Morgan, K. (2021). Burnout Prevalence and Its Associated Factors among Malaysian Healthcare Workers during COVID-19 Pandemic: An Embedded Mixed-Method Study. Healthcare, 9(1), 90.
    27. Sahoo, S. R. (2016). Management of Stress at Workplace. Global Journal of Management and Business Research. USA.
    28. Sapora Sipon. (2021). Ambil Peduli Kesihatan Fizikal, Mental Petugas Barisan Hadapan. BH Online https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021 /01/780318/ambil-peduli-kesihatan-fizikal-mental-petugas-barisan-hadapan.
    29. Woon, L. S., Mansor, N. S., Mohamad, M. A., Teoh, S. H., & Leong Bin Abdullah, M. (2021). Quality of Life and Its Predictive Factors Among Healthcare Workers After the End of a Movement Lockdown: The Salient Roles of COVID-19 Stressors, Psychological Experience, and Social Support. Frontiers in psychology, 12, 652326.
    30. Zhou.J. & George, J. M. (2001) When Job Dissatisfaction Leads to Creativity: Encouraging the Expression of Voice, Academy of Management Journal, 44, 682-696.