Meneliti Pengaruh Positif Kebolehgunaan, Literasi Media Sosial, dan Literasi Mengurus Terhadap Penggunaan Media Sosial Dalam Perniagaan Digital Usahawan IKS Kelantan
List of Authors
Haslinda Hasim, Nik Adlin Nazrin Nik Mohd Adib, Nur Ain Mohd Yusoff, Nur Atikah Rosli, Suraini Saufi
Keyword
Digital, Kebolehgunaan, Literasi Media Sosial, Kemahiran Pengurusan
Abstract
Dalam era digital, media sosial telah menjadi alat penting bagi usahawan untuk mempromosikan produk dan berinteraksi dengan pelanggan. Namun, terdapat kekurangan pemahaman tentang bagaimana faktor-faktor tertentu mempengaruhi keberkesanan penggunaan media sosial dalam konteks perniagaan kecil. Walaupun media sosial semakin popular, banyak usahawan IKS masih tidak memanfaatkan potensi penuh platform ini disebabkan oleh kelemahan dalam kebolehgunaan, literasi media sosial, dan kemahiran pengurusan. Objektif kajian adalah untuk menentukan sejauh mana ketiga-tiga faktor ini mempengaruhi penggunaan media sosial dalam kalangan usahawan IKS. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, melibatkan soal selidik kepada usahawan IKS di Kelantan. Sebanyak 225 data dianalisis menggunakan Partial Least Squares (PLS) untuk menguji hubungan antara pembolehubah. Dapatan menunjukkan bahawa kebolehgunaan dan literasi mengurus mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap penggunaan media sosial. Namun, literasi media sosial tidak menunjukkan kesan yang signifikan. Ini mungkin disebabkan kurangnya pemahaman mendalam atau penggunaan strategik platform media sosial di kalangan usahawan. Hasil kajian ini memberi manfaat kepada usahawan, pembuat dasar, dan organisasi sokongan dengan menyarankan peningkatan dalam program latihan dan sokongan berfokus kepada kebolehgunaan media sosial dan kemahiran pengurusan yang lebih baik untuk memaksimumkan potensi perniagaan digital di kalangan usahawan IKS.