Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) di sekolah rendah daerah Selangau, Sarawak
List of Authors
  • Harun Baharudin , Mohd Sabri Ahmad

Keyword
  • Kem Cemerlang Jawi, Guru Pendidikan Islam, Keberkesanan KCJ

Abstract
  • Guru Pendidikan Islam sebagai model yang berperanan penting dalam pembentukan rohani, akhlak dan nilai murid di sekolah. Oleh yang demikian, pelbagai usaha ke arah pemantapan pemeliharaan amalan Guru Pendidikan Islam telah dilaksanakan di dalam bilik darjah (kurikulum) dan kegiatan ko-kurikulum Pendidikan Islam. Antara aspek penting yang diberi penekanan adalah memperkasakan Pendidikan Islam dengan mensasarkan 100% pencapaian penguasaan murid dalam bidang jawi. Antara program yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut ialah Kem Cemerlang Jawi (KCJ). Justeru, kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau situasi sebenar program Kem Cemerlang Jawi (KCJ) selepas pelaksanaannya. Kajian ini melibatkan 13 orang guru Pendidikan Islam dari 13 buah sekolah di daerah Selangau, Sarawak. Kajian ini menggunakan soal selidik dengan 5 skala Likert sebagai instrumen pengumpulan data. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS 26.0). Dapatan kajian analisis deskriptif mendapati kedua-dua min, iaitu kesediaan (1.80) dan persepsi (1.60) guru Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan program KCJ.

Reference
  • 1. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2015. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: Pendidikan Islam Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    2. Bahagian Pendidikan Islam. 2015. Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    3. Bahagian Pendidikan Islam. 2017. Panduan Pelaksanaan Kem Cemerlang Jawi. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    4. Farah Farhana Rosli, Zainab Ismail, Norarbainah Shafie, Zambri Ahmad & Shakib Ar-Selan Mat Saman. 2019. Penguasaan Kaedah Jawi dalam Kalangan Guru: Suatu Keperluan. Buku Prosiding Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan. Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman & Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. 22-23 Oktober 2019. Jitra: Kedah. Hlm. 469-476.

    5. Kasminie Buta & Rosy Talin. 2017. Persepsi Murid Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam: Satu Analisis Kualitatif. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2017. Anjuran Fakulti Pendidikan Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah. 13-15 Disember 2017. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Hlm. 468-475.

    6. Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM.700-2/1/5 Jilid 3 ( ). 2016. Surat Timbalan Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam kepada Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri, 12 Januari 2016.

    7. Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM.700-2/1/5 Jilid 3 (3). 2016. Surat Timbalan Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam kepada Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri, 23 Disember 2016.

    8. Kementerian Pelajaran Malaysia. KP(85) 859 1/Jld. XVII(13). 2004. Surat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada Semua Pengarah Pelajaran Negeri, 30 Disember 2004.

    9. Laili Suziani Ismail, Kartini Mohamad & Rosmiza Ismail. 2016. Kaedah Kad Sifir Jawi dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan yang Mengandungi Suku Kata KVK dalam Kalangan Murid Pemulihan Jawi. Prosiding Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21. Prosiding Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21 Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. 6-7 Ogos 2016. Taiping: Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Hlm. 467-475.

    10. Mohamad Khairi Othman & Fadhilah Radzuan. 2019. Keberkesanan Penguasaan Jawi Melalui Inovasi EJ Fun dalam Kalangan Murid Kem Cemerlang Jawi. Buku Prosiding Seminar Darulaman 2019 Peringkat Kebangsaan. Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman & Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. 22-23 Oktober 2019. Jitra: Kedah. Hlm. 282-288.

    11. Muhammad Azri Hamsa & Isa Hamzah. 2017. Membantu Meningkatkan Kemahiran Membaca Jawi dalam Kalangan Murid Tahun 6 di Daerah Kota Marudu. Prosiding Seminar Kebangsaan Sains dan Teknologi dalam Pendidikan 2017. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 20-21 Mac 2017. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 278-289.

    12. Naquiah Nahar & Jimain Safar. 2016. Amalan Pengajaran Jawi dalam Pendidikan Masa Kini: Suatu Tinjauan. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah 2 (2): 70-85.

    13. Norhayati Mat Arin, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah. 2016. Aplikasi Kaedah Bermain dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-11. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 15-16 November 2016. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 697-707.

    14. Norma Jusof, Khadijah Abdul Razak & Mohd Aderi Che Noh. 2016. Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) di Sekolah Rendah Daerah Sepang, Selangor. Prosiding Seminar Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-11. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 15-16 November 2016. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 657-665.

    15. Rasyidah Ibrahim, Rahimah Embong, Firdaus Khairi Abdul Kadir & Huda Afiqah Hashim. 2019. Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini. International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2 (1): 29-37.

    16. Sarinah Mohamed & Izuddin Muhammed. 2016. Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf-Huruf Jawi dalam Kalangan Murid Tahun 4 Bestari SK Taman Desaminium Menggunakan Kad ‘J-SI’. Prosiding Konferens Kebangsaan Pendidikan Abad Ke-21. Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. 6-7 Ogos 2016. Taiping: Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama. Hlm. 696-612.

    17. Siti Mariam Ayob, Mohd Aderi Che Noh & Maimun Aqsha Lubis. 2019. Kaedah Permainan dalam Pembelajaran Jawi dalam Kalangan Murid Orang Asli Sekolah Rendah. Proceeding of The 12th International Workshop and Conference of Asean Studies in Islamic and Arabic Education, Linguistics, Social Sciences, and Educational Technology 2019. 19-22 May 2019. Anjuran Politeknik Negeri Medan & Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UIN SU) Medan Dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 551-561.

    18. Tengku Nurul Hanis Tuan Yaacob & Mohd Aderi Che Noh. 2016. Pendekatan Kaedah Pemulihan dan Pengayaan dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Prosiding Seminar Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-11. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 15-16 November 2016. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 903-916.

    19. Wan Hanisah Meor Abd Aziz & Mohd Aderi Che Noh. 2016. Penggunaan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tajwid. Prosiding Seminar Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-11. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 15-16 November 2016. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 229-234.