Personaliti Pemimpin Sekolah Dan Iklim Sekolah
List of Authors
  • Bity Salwana Alias, Choong Kah Chung

Keyword
  • Personaliti; Pemimpin Sekolah; Iklim Sekolah

Abstract
  • Personaliti pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi guru, motivasi, dan kepuasan kerja mereka. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti pemimpin sekolah dan iklim sekolah. Kajian ini meneliti ciri-ciri personaliti yang diperlukan untuk memupuk pemimpin sekolah yang berkesan dan bagaimana personaliti ini mempengaruhi iklim sekolah. Kajian ini mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan personaliti pemimpin sekolah dan iklim sekolah serta mencadangkan implikasi positif dan negatif personaliti pemimpin terhadap iklim sekolah. Kajian ini juga memberi cadangan untuk membangunkan iklim sekolah. Diharapkan kertas ini dapat memberi panduan kepada pengurusan sekolah dan pemimpin pendidikan dalam usaha membangunkan ciri personaliti yang positif dalam kalangan pemimpin sekolah, seterusnya menyumbang kepada kejayaan sekolah.

Reference
  • No Data Recorded