Kemahiran parafrasa bahasa Arab dalam penulisan makalah ilmiah: analisis kelemahan pelajar
List of Authors
  • Muhammad Dzarif Ahmad Zahid , Muhammad Izuan Abd Gani , Sulhah Ramli

Keyword
  • Kemahiran menulis, parafrasa, analisis kesilapan, kelemahan pelajar, makalah ilmiah bahasa Arab

Abstract
  • Penulisan ilmiah adalah salah satu genre penulisan yang dianggap kompleks kerana memerlukan kemahiran bahasa yang tinggi serta metodologi yang betul dalam penghasilannya. Salah satu kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran parafrasa. Namun, untuk membuat parafrasa bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi melibatkan bahasa ketiga. Pelbagai bentuk kesilapan boleh berlaku dalam kalangan pelajar ketika membuat parafrasa di mana untuk mengatasinya memerlukan kepada perhatian, kefahaman dan teknik yang khusus. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kesilapan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya mengenal pasti kelemahan pelajar dalam membuat parafrasa Bahasa Arab serta langkah menangani kelemahan ini. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan sampel yang diambil daripada kerja kursus akhir pelajar bagi subjek Bahasa Arab Akademik (BAA4022). Korpus kajian melibatkan 50 sampel yang dipilih secara rawak daripada kalangan pelajar semester I sesi 2020/2021, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia. Sampel ini dianalisis menggunakan metode analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan utama pelajar dalam parafrasa adalah dari aspek semantik yang berpunca daripada kelemahan dalam memahami teks rujukan asal di samping kesilapan dari aspek gramatis terutama dalam kaedah al-idhofah, penggunaan dhamir dan fi’il yang berpunca daripada kelemahan dalam penguasaan ilmu Sintaksis dan Morfologi Arab. Kedua-dua bentuk kelemahan ini memberi kesan terhadap kualiti parafrasa yang dibuat terutama dalam aspek kesempurnaan semantik. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi pencerahan serta membantu para guru dan pelajar dalam memperkasakan kualiti penulisan makalah ilmiah Bahasa Arab melalui penggunaan teknik parafrasa Bahasa Arab yang betul dan tepat.

Reference
  • 1. Abd Aziz Mahayudin, Mohamad Fauzi Yahya dan Balqis Kamarudin. (2015). Penggunaan Bahasa Arab dalam penyelidikan tindakan di institut pendidikan guru: masalah penulisan dan cara penyelesaian. Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL). Bandar Baru Bangi: Aras Mega Sdn. Bhd. Pg 211-217.
    2. Al-Jundi, F. (2013). Lughatuna Al-Arabiyah Lughatul Ulum Wal Tekniyah. Diakses dari: https://bit.ly/3vqXKWt.
    3. American Psychological Association. (2001). Publication manual of the American Psychological Association (5th ed.). Washington: APA.
    4. Anuar Sopian. (2019). Kemahiran Menulis Bahasa Arab: Analisa Kelemahan Pelajar Uitm Melaka. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 2(7), pp. 58-65.
    5. Azlan Shaiful Baharum & Rosni Samah. (2015). Persepsi Pelajar Universiti Awam terhadap Kesalahan Bahasa Arab, Faktor Penyumbang dan Implikasi. Sains Humanika, 6(1).
    6. Bailey, S. (2017). Academic writing: A handbook for international students. Routledge.
    7. Campbell, C. (1990). Writing with others' words: Using background reading text in academic compositions. In B. Kroll (Ed.), Second language writing: Research insights for the classroom (pp. 211-230). Cambridge: Cambridge University Press.
    8. Choi, Yeon Ree. (2012). Paraphrase practices for using sources in L2 academic writing. English Teaching, 67(2),51-79.
    9. Dihyatun Masqon. (2018). Daur al-Lughah al-‘Arabiyyah fi A’sar al-Aulamah wa Tadbiquha fi Tatwir al-Ulum. Jurnal Izdihar: Journal of Arabic Language Teaching, Linguistics, and Literature, 1(1), 25-64.
    10. Isakov, L and Klassen, C. Paraphrasing Without Plagiarizing. Douglascollege Learning Centre. pp.1 (2014) diakses daripada:https://library.douglascollege.ca/sites/default/files/Paraphrasing_Without_Plagiarizing.pdf.
    11. Ismail, Abdul Haris Sunubi, Ali Halidin, Amzah, Nanning & Khairuddin. (2020). Paraphrasing technique to develop skill for English writing among Indonesian college students of English. A Multifaceted Review Journal in The Field of Pharmacy, 11(11), 291-297.
    12. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    13. Lee, L. F., & Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk bahasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    14. Mursalati Urva Madani & Rati Ardianti. (2020). Teknik parafrase dalam ketrampilan menulis untuk menghindari plagiarism. Prosiding Seminar Nasional PBSI-III Tahun 2020, 343-344.
    15. Nurliza Jamaluddin. (2018). Kepelbagaian pendekatan dalam penelitian tatabahasa bahasa melayu. Diakses dari: https://www.researchgate.net/publication/339446853_KEPELBAGAIAN_ PENDEKATAN_ DALAM_PENELITIAN_TATABAHASA_BAHASA_MELAYU.
    16. Philip M. McCarthy, Rebekah H. Guess, & Danielle S. McNamara. (2009). The components of paraphrase evaluations. Behaviour Research Methods, 41(3), 682-690.
    17. Rati Purnama sari & Zul Amri. (2019). Optimization of paraphrase learning for academic writing in student of midwifery. Proceedings of the 1st Progress in Social Science, Humanities and Education Research Symposium (PSSHERS 2019), 1145-1148.
    18. Sahan, A. R. (2014). Al- Makna wa al-Maraji' fi Ilmi al-Dilalah: Dirasah Naqdiyah. Majalah Al-Qadisiyah Lil-Ulum Insaniyah, 17(3), 155-195.
    19. Sumaiyah Sulaiman, Nik Farhan Mustapha, Pabiyah Toklubok@Hajimaming, Wan Muhammad Wan Sulong. (2018). Permasalahan Kemahiran Menulis Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Peringkat Pengajian Tinggi. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 142-151.
    20. Swales, J. M. & Feak, C. B. (2004). Academic writing for graduate students (2nd edn). AnnArbor, MI: University of Michigan Press.
    21. Wette, R. (2010). Evaluating student learning in a university-level EAP unit on writing using sources. Journal of Second Language Writing, 19, 158-1 77.
    22. Yaghoub, Z. F., M., Benatallah, B., Chai Barukh, M., & Zamanirad, S. (2019). A Study of Incorrect Paraphrases in Crowdsourced User Utterances. Proceedings of the 2019 Conference of the North American Chapter of the Association for Computational Linguistics: Human Language Technologies, 295–306.
    23. Zamri Mahamod & Yahya Othman. (2016). Penulisan akademik dalam bidang sains sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.