Kajian kontrastif terhadap persamaan implikatur ayat perintah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu
List of Authors
  • Fauzi Azmi , Janudin Sardi , Muhamad Zaidi Zakaria , Saiful Johari Musahar

Keyword
  • Kontrastif, implikatur, linguistik, pragmatik, bahasa Arab, bahasa Melayu

Abstract
  • Sumbangan kajian linguistik kontrastif sangat besar dan penting dalam pengajaran bahasa asing. Kajian kontrastif ialah mengintegrasikan antara dua atau lebih bahasa yang berlainan rumpun. Fokus kajian ialah kepada aspek persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa tersebut. .Kajian linguistik kontrastif diperkenalkan kepada para pelajar yang mempelajari bahasa asing bagi tujuan hasil pembelajaran yang lebih efektif, efesien, mudah dan menarik. Kajian ini menyentuh salah satu topik kontras antara bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM), iaitu persamaan implikatur ayat perintah. Implikatur ialah suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna tersurat dalam sesebuah ayat. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti persamaan implikatur gaya bahasa perintah dalam kedua-dua bahasa ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis kontras berdasarkan teks dalam kedua-dua bahasa. Teori transformasi generatif (TG) dan teori pragmatik diaplikasi dalam menganalisis persamaan ini. Dapatan kajian menjelaskan terdapat 28 makna implisit yang sama dalam bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM). Kajian ini menyumbang kepada suatu penerokaan baharu dalam kajian linguistik bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM). Hasil kajian ini juga boleh membantu para pengajar bahasa asing untuk memahami dan mendalami titik persamaan serta membina kurikulum baharu bagi tujuan mempersembahkan bahan pengajaran yang lebih mudah dan menarik. Para pelajar bahasa asing juga dapat menguasai bahan pengajaran tersebut dengan cepat dan menyeronokkan.

Reference
  • 1. Al-Quran al-Karim.
    2. A.Samad Said. (2003). Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    3. Aḥmad Maţlȗb. (1983). Mu`jam al-muştalāhāt al-balāghiyyah wa taţawwuruhu. Baghdad.
    4. Arena Wati. (2003). Sandera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Carston, R. (1998). Relevance theory : applications and implication. Amsterdam : J. Benjamins
    6. Faḑl Ḥasan `Abbās. (1992). al-Balāghah: funūnuhā wa afnānuhā. Jordan: Dār al-Furqān.
    7. Fauzi Azmi. (2016). Gaya Bahasa Permintaan: Satu Kajian Kontrastif antara Bahasa Arab dengan Bahasa Melayu. Tesis Ph.D. Universiti Malaysia Terengganu.
    8. Fauzi Azmi. (2018). Kajian Kontrastif Terhadap Implikatur Ayat Perintah Dalam Bahasa Arab Dan Bahasa Melayu. Proceedings 4th International Conference on Issues in Language Teaching and Learning Amongst Non-Native Speakers.504-518.
    9. Ishak Mohd. Rejab, Muhammad Bukhari Lubis, Talib Abdul Rahman, Mohammad Zaki Abdul Rahman & Sirajuddin Suhaimee. (1996). Glosari Bahasa dan Kusasteraan Arab. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Keris Mas. (1988), Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
    11. Maḥmȗd Fahmi Ḥijāziy (1973). ‘Ilm al-lughah al-`Arabiyyah. Kaherah. Dar Gharīb.
    12. Muhammad Bakhir Hj. Abdullah (1999) Zāhirah al-Asālīb al-Balāghiyyah fī al- `Arabiyyah wa al-Malāziyyah (Dirāsah fi al-Taḥlīl al-Taqībuliy. Latihan Ilmiah Doktor Falsafah Universiti Asyut & Akademi Oxford For Advanced Studies.
    13. Nor Hashimah. (1992). Semantik dan Pragmatik dalam Teori Relevan. Jurnal Dewan Bahasa. 34 (6). 474-483.
    14. Robert Lado (1957). Linguistics Across Cultures. Ann Anbor. The University Press.
    15. Salmah Ahmad. (1999) `Ilmu Ma’ani: Kajian perbandingan dengan bahasa Melayu” dlm. Balkis Hj. Abu Bakar (dll.). Prosiding Seminar Balaghah (Retorik) Arab- Melayu. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan.
    16. Shahnon Ahmad. (1997). Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
    17. Sībaweih, `Amru bin Othman. (1998). Al-Kitāb. Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
    18. Usman Awang. (2006). Tulang-Tulang Berserakan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    19. Zainal Abidin Ahmad (Za`ba). (2002). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.