Minat membaca buku elektronik dalam kalangan murid sekolah jenis Kebangsaan Cina
List of Authors
  • Saemah Rahman , Winnie Kho Jen Nie

Keyword
  • tahap minat membaca, buku elektronik, murid sekolah rendah

Abstract
  • Ini adalah satu kajian terhadap persepsi terhadap buku elektronik dalam kalangan murid sekolah rendah jenis Kebangsaan Cina di zon Sepang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengalaman murid dalam penggunaan buku elektronik, mengenal pasti tahap minat membaca buku elektronik dalam kalangan murid, mengenal pasti pebezaan tahap minat membaca buku elektronik mengikut jantina dan mengenal pasti ciri-ciri buku elektronik yang menarik minat murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah menjalankan kajian tinjauan terhadap 130 orang murid dari sekolah rendah jenis Kebangsaan Cina di zon Sepang dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 20 soalan. Analisis data kajian ini menunjukkan kebanyakan murid mempunyai pengalaman menggunakan buku elektronik dan tahap minat membaca buku elektronik adalah pada tahap tinggi. Selain itu, tidak terdapat perbezaan tahap minat membaca buku elektronik yang signifikan antara lelaki dan perempuan. Dapatan kajian juga mewujudkan bahawa ciri-ciri buku elektronik yang paling menarik ialah sifat berwarna-warni, kemudahan mudah didapati melalui gajet dan fungsi di mana isi mudah difahami. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa bahan buku elektronik amat menarik minat murid untuk membaca dan bahan bacaan elektronik perlu disediakan untuk meningkatkan minat membaca murid.

Reference
  • 1. Andri Donal. (2015). Students’ Reading Interest (A Case Study At Fkip Of The

    University Of Pasir Pengaraian). Journal of English Education 1 (1): 23-31.

    2. Chitra Muliati. (2017). The Students’ Motivation In Reading And Reading Interest Of

    The Fifth Semester Students Of Iain Palangka Raya. (Unpublished degree’s thesis), State Islamic Institute Of Palangka Raya, Indonesia.

    3. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic Motivation And Self-Determination In

    Human Behavior. New York, NY: Plenum.

    4. Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2000). The “What” And “Why” Of Goal Pursuits: Human

    Needs And The Self-Determination Of Behavior. Psychological Inquiry, 11, 227-268.

    5. Gary A. Fisher. (2013). A Qualitative Study Of Motivation To Read For Pleasure With

    Adolescent Struggling Readers Using A Theoretical Model : How To Begin? (Unpublished degree’s thesis), University of Louisville, United States.

    6. Jenney Marie Bickel. (2017). Electronic Books Or Print Books For Increased Reading

    Comprehension And Vocabulary Acquisition In Third Grade Students. (Unpublished Master’s thesis), The Faculty of Humboldt State University, California.

    7. Lauren Ashley Short. (2010). Using Electronic Books to Increase Elementary Students’

    Motivation to Read. (Unpublished Master’s thesis), University of California, California.

    8. Mariya Husin & Jamaludin Hj Badusah. (2018). Penggunaan Buku Elektronik Dalam

    Pembacaan Teks Bahasa Melayu Pelajar Tingkatan Satu Di Melaka. Prosiding Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2018 "Education 4.0: Knowledge, Industry and Humanity": 379-390.

    9. McKechnie, Lynne (E.F.) and Kathleen Schreurs. (2017). “Every single one is my

    favourite” (Theo, 4 years): Children’s Experiences and Perceptions of E-Book Reading. 2017 OCLC/ALISE Research Grant Report published electronically by OCLC Research. Retrieved from: http://www.oclc.org/content/dam/research/grants/reports/2014/mckechnie2014.pdf

    10. Norafizah Abdul Razak. (2019, Januari). Sistem IQ NILAM Bantu Lahirkan Pembaca Berkualiti. Pendidik, Januari 2019. Diperolehi daripada: https://www.pendidik.com.my/2019/01/08/sistem-iq-nilam-bantu-lahirkan-pembaca-berkualiti/

    11. Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Self-Determination Theory And The Facilitation Of Intrinsic Motivation, Social Development, And Well-Being. American Psychologist, 55, 68-78.

    12. Sitwat Saeed & David Zyngier. (2012). How Motivation Influences Student Engagement: A Qualitative Case Study. Journal of Education and Learning 1 (2): 252-267.

    13. Wigfield, A. & Guthrie, J.T. (1997). Relations Of Children’s Motivation For Reading To The Amount And Breadth Of Their Reading. Journal of Educational Psychology, 89, 420-432.