Perlindungan harta intelek dalam bidang kesenian dan budaya warisan bukan isu baru wujud pada masa kini. Semenjak menyedari akan kelebihan dan kebaikan yang diperolehi selepas melakukanperlindungan harta intelek. Ramai pemilik karya kesenian dan budaya warisan telah mendaftarkan karya mereka dibawah undang-undang yang berkaitan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Tradisi lisan leka timang merupakan salah satu warisan budaya yang semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat Iban. Ia semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat disebabkan revolusi budaya yang terjadi pada masa kini. Tradisi lisan leka timang masyarakat Iban merupakan salah satu warisan budaya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi dari aspek kesenian. Untuk melindungi tradisi lisan ini daripada kehilangan identiti asal dan hilang dibawa arus permodenan sejagat, perlindungan harta intelek merupakan kaedah yang tepat untuk digunakan bagi melindungi produk tersebut. Dalam kajian ini, penyelidik akan fokus kepada perlindungan harta intelek dan tradisi lisan leka timang masyarakat Iban. Hal ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca dan penyelidik masa depan mengenai kepentingan perlindungan harta intelek terhadap tradisi lisan leka timang masyarakat Iban. Penyelidikan ini telah memperoleh data terus daripada informan yang pakar dalam bidang pengurusan harta intelek dan bidang tradisi lisan leka timang masyarakat Iban.