Implikasi Pelaksanaan Seni Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu di SJKT Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR)
List of Authors
  • Amal Izzati Mohd Rasid

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Seni bahasa merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Namun apabila sesi persekolahan secara bersemuka di sekolah tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak COVID-19, para pendidik terpaksa beralih kepada sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti implikasi pelaksanaan seni bahasa dalam (PdP) Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan seramai tiga orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah SJKT di daerah Hulu Langat. Peserta kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama dalam mengumpul data kajian. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif berdasarkan tema-tema utama. Hasil dapatan menggambarkan bahawa pelaksanaan seni bahasa dalam PdP Bahasa Melayu semasa PdPR memberi impak yang positif terhadap murid-murid dan sesi PdPR tersebut. Justeru itu, elemen seni bahasa tidak boleh dikesampingkan semasa melaksanakan PdP Bahasa Melayu sewaktu PdPR terutamanya di SJKT kerana ia dapat membantu murid-murid untuk menguasai pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan lebih baik.


Reference
  • No Data Recorded