Etiket bahasa dalam perutusan khas Covid-19
List of Authors
  • Hawa Rahmat , Isma Suhaila Ismail , J. Sham Wahid , Mohd Izwardi Mohd Yusoff , Rohaidah Mashudi

Keyword
  • Etiket bahasa, peraturan sosial, budaya, teks wacana, peristiwa bahasa

Abstract
  • Masyarakat harmoni menitik beratkan elemen etiket bahasa sebagai peraturan sosial untuk mengekalkan perpaduan. Etiket bahasa dalam suatu masyarakat dilihat mempunyai beberapa elemen yang menjadi ikutan dan amalan dalam masyarakat tersebut. Ini kerana elemen dalam etiket bahasa adalah merupakan elemen yang mempunyai perkaitan dengan elemen budaya suatu masyarakat. Pelanggaran etiket bahasa hanya memberi kesan dan pandangan buruk kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat hari ini banyak melakukan perlanggaran tersebut yang menjadikan suatu peristiwa bahasa tersebut tercemar. Justeru, suatu masyarakat itu perlu memberi tunjuk ajar penggunaan etiket bahasa kepada komunitinya pada peringkat awal usia lagi. Bahkan dengan mewarisi dan mewariskan peraturan sosial ini dapat membentuk keperibadian yang menjadi cerminan individu tertentu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif iaitu dengan melihat penggunaan bahasa dalam lapangan. Dalam kajian ini, tumpuan diberikan terhadap ungkapan yang mempunyai elemen etiket bahasa dalam teks wacana sempurna daripada Perutusan Khas Covid-19 oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. Terdapat enam teks wacana sempurna perutusan Covid-19 yang merupakan data utama dalam kajian ini. Manakala analisis data dalam kajian ini dilakukan dengan mengikut pendekatan Asmah Omar (2010). Penelitian dan huraian dilakukan daripada elemen etiket bahasa yang terdapat dalam setiap struktur peristiwa bahasa ini iaitu pada bahagian pembuka, perjalanan peristiwa, dan penutup. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti elemen etiket bahasa dan menghuraikan elemen etiket bahasa berdasarkan ungkapan yang diujarkan oleh pemeran. Berdasarkan kajian didapati bahawa elemen etiket bahasa diujarkan mengikut kesesuaian situasi dan mengikut peraturan sosial dalam masyarakat negara ini.

Reference
  • 1. Ab. Razak Ab. Karim. (2006). Warkah Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    2. Alfonsus Sutarno. (2008). Etiket Kiat Serasi Berelasi. Yogyakarta: Kanisius.
    3. Arina Johari & Indirawati Zahid. (2016). Manifestasi Kesantunan Melayu dalam Ujaran Memberi dan Meminta Nasihat. GEMA Online® Journal of Language Studies. 16(2), 73-94.
    4. Asmah Omar. (2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Asmah Omar. (2007). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    6. Asmah Omar. (2008). Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    7. Asmah Omar. (2010a). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    8. Asmah Omar. (2010b). Wacana Temuduga dan Wawancara. (Edisi ke-2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    9. Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    10. Azianura Hani Shaari dan Mohammad Rahim Kamaluddin. (2019). Buli Siber: Ketidaksantunan Bahasa dan Etika Media Sosial Dalam Kalangan Remaja Malaysia. E-bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 6, 1-6.
    11. Debbita Tan Ai Lin. (2019). Language and Political Psychology: Can Grammar Influence Electability?. GEMA Online® Journal of Language Studies, 19(3), 1-21.
    12. Harshita Aini Haroon, Noor Asliza Abdul Rahim, Noriha Basir, Zaliza Zubir. (2020). Lakuan Ilokusi Ucapan Zahid Hamidi dalam PAU 2017 dan 2018. GEMA Online® Journal of Language Studies, 20(2), 96-114.
    13. Hariyati Ariffin. (8 November 2019). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinar Harian. Capaian [04.05.2021] dimuat turun daripada: https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-u bah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
    14. Hymes, D. (1986). Models of Interaction of Language and Social Life dalam Direction in Socioligustics: The Ethnography of Communication edited by Gumpers, J.J and Hymes, D. New York: Basil Blackwell.
    15. Ildiko C Sajbok -Twerefou. (2010). Language Etiquette and Culture in Teaching of Foreign Languages. Practice and Theory in Systems of Education. 5(3), 205-218.
    16. Indirawati Zahid dan Arina Johari. (2018). Kesantunan Melayu: Analisis Konteks Perbualan dalam Rancangan Bual Bicara. GEMA Online® Journal of Language Studies, 18 (4), 168-185.
    17. Indirawati Zahid dan Nasihah Hashim. (2018). Strategi dan Struktur Kesantunan Melayu dalam Kritikan Mentor: Rancangan Realiti Televisyen . GEMA Online® Journal of Language Studies, 18(2), 134 -153.
    18. Jenny Preece. (2004). Etiquette Online: From Nice to Necessary. Communications of the ACM, 47, 56-61.
    19. Kamus Dewan. Capaian [15.06.2020] dimuat turun daripada: http://prpm.dbp.gov.my/.
    20. Musafa Haji Daud. (1995). Budi Bahasa dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
    21. Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    22. Noor Aini Abdullah-Amir. (2001). Malaysian Customs and Etiquette. A Practical Handbook. Kuala Lumpur: Times Books International.
    23. Norizan Che Su, Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2010). Aspek Kesantunan Dalam Bahasa Thai dan Bahasa Melayu. Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VI. Universiti Putra Malaysia. 5-6 Oktober.
    24. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Capaian [07.08.2020]. dimuat turun daripada: http://http://muftiwp.gov.my.
    25. Riewthong, Kody D. (2017). "Etiquette," .RAW. 1(9). 26-31. Capaian [07.08.2020] Dimuat turun daripada: http://digitalcommons.calpoly.edu/raw/vol1/iss1/9.
    26. Rumsari Hadi Sumarto & Lukas Dwiantara. (2000). Sekretaris Profesional. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.
    27. Tessensohn, D .(1994). Adab Sopan Moden. Panduan Lengkap Tentang Adat Resam, Etiket dan Adab Sopan. Kuala Lumpur: Times Books International
    28. Thomas, J.(1995). Meaning in Interaction: An Introduction to Pragmatics. New York: Longman Publishing.
    29. Wan Robiah Hj. Meor Osman & Hamidah Abdul Wahab. (2018). Kesantunan Berbahasa Kaunselor Pelatih dalam Sesi Kaunseling. GEMA Online® Journal of Language Studies, 18(1), 252-269.