Perkembangan Kemahiran Proses Matematik Dalam Program STEM Di Sekolah
List of Authors
  • Mishalini Mageswaran, Siti Mistima Maat

Keyword
  • Kemahiran Proses Matematik, Pendidikan STEM, Program STEM, Sekolah

Abstract
  • Artikel ini membincangkan kemahiran proses matematik dalam program STEM di sekolah-sekolah sebagai respons terhadap cabaran pendidikan abad ke-21. Pengenalan menekankan pentingnya kemahiran proses matematik dalam konteks pendidikan STEM dalam mempersiapkan pelajar untuk kerjaya mereka. Artikel juga merangkumkan implikasi praktikal termasuk pentingnya memupuk budaya ingin tahu, penerokaan, dan pembelajaran sepanjang hayat dalam memperkukuhkan kemahiran proses matematik. Melalui keterlibatan keluarga, komuniti, dan rakan kongsi industri, sekolah boleh membentuk ekosistem kolaboratif yang memupuk pembangunan kemahiran proses matematik dalam kalangan pelajar. Aspek dedikasi, kerjasama, dan inovasi dari semua pihak berkepentingan dalam usaha meningkatkan kemahiran proses matematik dalam pendidikan STEM turut diambil kira dalam memastikan kejayaan agenda STEM untuk negara.

Reference
  • No Data Recorded