Pembangunan pelancongan lestari merupakan satu bentuk pelancongan yang mampu memelihara dan memulihara budaya serta persekitaran komuniti Orang Asli. Aktiviti Pelancongan yang berasaskan komuniti dan alam sekitar semakin menarik perhatian pelancong sama ada dari dalam dan luar negara. Melalui kajian kes yang dilaksanakan dalam suku kaum Jahai yang berada dalam Taman Negeri Royal Belum, Perak menunjukkan bahawa melalui pakej pelancongan telah membawa impak positif yang mencetus idea mereka dalam mengekalkan dan membuat aktiviti berkaitan amalan mereka sebagai sumber pendapatan sampingan. Selain itu, daripada kedatangan pelancong juga, menjadikan mereka lebih memikirkan masa depan dan merancang pembangunan komuniti dan persekitarannya. Implikasi daripada aktiviti pelancongan telah menunjukkan impak positif terhadap peningkatan sosioekonomi dan kelangsungan budaya serta persekitaran komuniti ini bagi generasi akan datang. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada komuniti orang asli lain dalam kegiatan pelancongan sebagai satu aktiviti dalam memelihara dan memulihara budaya suku kaum mereka.