Elemen Kolaborasi Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Heutagogi
List of Authors
  • Noor Muslieah Mustafa Kamal

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Elemen kolaborasi adalah penting dalam pengajaran guru Pendidikan Islam untuk mengetengahkan pembelajaran kendiri seperti heutagogi. Bagi mencapai kemenjadian murid dalam penyampaian pendidikan, kolaborasi dapat membantu usaha memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid. Namun, bagaimanakah elemen kolaborasi dibentuk oleh guru Pendidikan Islam di sekolah menengah semasa proses pengajaran dengan pendekatan heutagogi? Justeru itu, bagi menjawab persoalan ini, penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah dijalankan. Data dikutip melalui kaedah temu bual separa berstruktur dan penelitian terhadap dokumen. Seramai empat orang guru Pendidikan Islam sekolah menengah dari empat buah sekolah berbeza di empat buah negeri telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Empat kriteria ditetapkan, iaitu; 1) menampilkan pengajaran dengan pendekatan heutagogi, 2) menerima pengiktirafan berkaitan pengajaran, 3) mempunyai ikhtisas dan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, dan 4) sukarela dan memberikan kerjasama. Selain itu, kajian ini juga melibatkan empat orang murid dari sekolah yang terlibat sebagai sokongan kepada data yang diperolehi. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data temu bual ditranskripsikan dan dianalisis secara bertema dan seterusnya ditriangulasikan dengan analisis dokumen. Perbandingan antara data dalam kalangan peserta kajian dibuat agar dapat membentuk tema yang tepat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat cara elemen kolaborasi dibentuk dalam pengajaran dan pembelajaran guru iaitu gerak kerja berkumpulan, variasi kemahiran kumpulan, penggunaan teknologi dan penglibatan bersama komuniti. Dapatan ini dapat memberi impak kepada guru khususnya dan pentadbir sekolah amnya untuk memperbaiki kaedah pengajaran agar segerak dengan keperluan semasa murid. Malah, penerapan kolaborasi terhadap murid juga berupaya membuka ruang pembelajaran yang lebih luas untuk penglibatan pihak tertentu dalam membantu kemajuan pendidikan negara.


Reference
  • No Data Recorded