ISU-ISU SEMASA DALAM PENTADBIRAN TANAH DI MALAYSIA DAN PENYELESAIANNYA
List of Authors
  • Norazmawati Md.Sani

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pentadbiran tanah yang baik mencerminkan carakerja dan kesepakatan banyak pihak dalam mengendalikan aspek pentadbiran tanah yang bermula dari sekecil-kecil peranan sehingga kepada peranan pihak berkuasa tertinggi dalam sesebuah organisasi pentadbiran. Keselarasan ini tentunya melibatkan banyak isu yang timbul dalam proses pengurusan pentadbiran tanah khususnya di Malaysia. Antaranya ialah isu mengenai pengambilan tanah, isu pembangunan tanah wakaf, isu fraud dan pemalsuan dalam urusniaga tanah, isu mengenai sebidang tanah yang dimiliki oleh ramai pemilik dan pelbagai lagi isu yang timbul dalam pentadbiran tanah di Malaysia.  Penulisan ini akan menjurus kepada isu-isu semasa dalam pentadbiran tanah di Malaysia dan cara penyelesaiannya akan diterangkan bersama.


Reference
  • No Data Recorded