Cabaran Pengaplikasian Pendekatan Didik Hibur Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dari Aspek Kemahiran Membaca Dalam Talian
List of Authors
  • Siti Aishah Sembai Aban Abdullah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pendekatan didik hibur merupakan satu kaedah yang melibatkan aspek mendengar, bertutur, menulis serta membaca. Pendekatan didik hibur melibatkan dan mewujudkan perasaan yang gembira, teruja dan memerlukan kreativiti murid untuk mengaplikasikannya. Aktiviti membaca lebih menyeronokkan semasa menggunakan pendekatan didik hibur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka cabaran pengaplikasian didik hibur dalam pengajaran guru Bahasa Melayu dari aspek kemahiran membaca secara dalam talian. Reka bentuk kajian ialah kajian berbentuk kualitatif. Kajian ini dilaksanakan terhadap 3 orang guru dari sebuah sekolah rendah di daerah Subis, Sarawak sebagai peserta kajian. Dapatan data dikutip melalui temu bual. Kajian ini menggunakan analisis tematik untuk menganalisis data temu bual. Hasil kajian mendapati kekurangan peranti dan kelemahan capaian Internet di kawasan luar bandar merupakan cabaran yang utama dalam pengaplikasian pendekatan didik hibur dalam pengajaran dalam talian oleh guru bahasa Melayu. Kajian ini mencadangkan agar cabaran pengaplikasian ini dapat diatasi pihak kementerian dengan menyediakan capaian Internet yang laju. Ibu bapa juga disarankan untuk menyediakan peranti kepada anak-anak bagi membolehkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah.


Reference
  • No Data Recorded